5 Perkara Yang Menjadikan Suamiku Paling Sweet di Dunia.

Oleh: Rafi

Zaman sekarang memang kena sangat berhati-hati semasa memilih suami. Kaum perempuan tidak lagi terlalu memandang kepada dark, tall dan handsome kerana terdapat beberapa kriteria lebih penting yang perlu dipertimbangkan untuk memilih suami. Jadi jika sudah berumahtangga, pastinya anda mengimpikan Encik Suami untuk memiliki 5 perkara ini.



1. Mempunyai pendapatan yang stabil.

Sebagai seorang lelaki, mencari rezeki untuk keluarga adalah satu kewajipan. Setiap lelaki seharusnya mempersiapkan diri dengan mempunyai pendapatan yang tetap sebelum melangkah ke alam perkahwinan. Bagi yang bekerja makan gaji boleh dikatakan stabil kerana memperolehi gaji bulanan yang tetap. Bagaimana pula suami yang bekerja sendiri atau yang menjalankan perniagaan sendiri? Pastikan perniagaan stabil dan mempunyai modal pusingan yang mencukupi untuk tempoh setahun. Selain daripada itu, pastikan beliau tidak mempunyai hutang yang melebihi kadar kemampuan. Bagi isteri yang lebih agresif, ajaklah Encik Suami semak CTOS dan CCRIS supaya mudah jika nak buat pembiayaan di Bank. Amalkan konsep tiada rahsia antara kita...InshaAllah kekal bahagia selama-lamanya.



2. Mempunyai hartanah (rumah sendiri).

Tahu tak lelaki yang sudah memiliki rumah sendiri di awal usia adalah lelaki menjadi pilihan utama wanita-wanita di Malaysia?! Perempuan sangat suka kalau bakal suami dia dah ada rumah sebelum kahwin. Lepas kahwin, boleh terus duduk sama-sama. Maklumlah kebanyakan pasangan biasanya memilih untuk membina rumahtangga tanpa melibatkan ibu bapa. Oleh itu, mereka memilih untuk tinggal berasingan berbanding bersama keluarga mertua dan ipar duai. Lelaki, jika merancang untuk berkahwin, sila beli rumah cepat. Senang sikit hati bakal pak mertua nak beri green light. Jika Encik Suami kita belum cukup duit, boleh gunakan duit KWSP untuk pengeluaran membina / membeli rumah. 

3. Mempunyai kenderaan.

Kenderaan adalah merupakan keperluan utama. Lelaki biasanya gemar menunggang motosikal kerana lebih mudah untuk bergerak. Adalah bonus juga bagi seseorang lelaki yang mempunyai motosikal dan juga kereta kerana kenderaan adalah keperluan utama sebuah keluarga. Cukup sekadar kereta biasa-biasa, buat apa pakai kereta mewah tapi duduk rumah sewa, AMBOI...Janganlah pentingkan kereta mewah sampai menyusahkan diri sendiri. Sebenarnya membeli kereta bukanlah satu pelaburan yang menguntungkan. Kereta pasti susut nilai dan jangan lupa kita juga perlu menanggung kos servis yang semakin tinggi. Baru je hutang bank selesai, kereta pula baru mula nak meragam.



5. Mencarum takaful.

Kirakan berapa hutang dan belanja bulanan Encik Suami. Masukkan segala hutang seperti kereta, rumah, kad kredit, loan peribadi, loan ASB dan sebagainya. Sekiranya terjadi sesuatu musibah pada suami kita adakah kita sebagai isteri mampu menampung segala hutang suami tadi? Cukup ke duit kita? Bagaimana kalau isteri tak bekerja?
Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud:

'Tinggalkan anak dan isteri dengan kesenangan lebih baik dari tinggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta.' (Hadith riwayat Al-Bukhari)

Jadi kalau Encik Suami belum mencarum takaful untuk diri sendiri bermakna suami anda belum cukup menyintai dan menyayangi anda. Suami yang sweet pasti telah bersedia dari awal untuk menghadapi segala kemungkinan di masa akan datang. Ada 5 Perkara Ini Pada Pasangan Anda, Memang Sangat Beruntung Kalau kita lihat kepada kelima-lima perkara di atas, boleh dikatakan semuanya menjurus kepada kepentingan pelaburan.

Jika kira rujuk kepada Teori Maslow, seseorang memerlukan 5 perkara utama iaitu keperluan fisiologi, keselamatan, keperluan sosial, penghargaan diri dan kesempurnaan diri. Kita lihat 3 keperluan terawal iaitu fisiologi merujuk kepada tempat tinggal, makan minum dan pakaian, kemudian yang kedua adalah keselamatan dan yang ketiga ialah kasih sayang. Suami yang sweet bukan suami yang romantik selalu. Suami yang sweet ialah suami yang sentiasa menguruskan kewangan diri dan keluarga dengan baik. Kalau calon suami perangai macam ni baguslah. Sebaiknya kongsikan artikel ini dekat dia.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen