10 Tanda Anda Terlalu Baik Untuk Si Dia.

Anda seperti tertanya-tanya, adakah si dia sesuai untu anda? Adakah si dia yang terlalu baik untuk anda? Atau adakah anda yang terlalu baik untuk si dia?

Jom baca, apakah tanda-tanda tersebut?

1. Si dia tidak pernah merancang. Segala aktiviti temu janji di rancang oleh anda sendiri. Anda yang menempah tiket wayang. Anda yang menentukan waktu, masa dan makan malam di mana.



2. Si dia tidak pernah menepati janji. Si dia sering lewat untuk temu janji, tetapi anda pula sering menyatakan bahawa anda juga sampai lewat kerana tidak mahu menipu atau membuat si dia rasa bersalah.

3. Si dia dengan pantas member respon pada sms. Ketika anda dengan si dia, si dia pasti akan memberi respon jika menerima sms atau call. Anda pula seperti tidak kisah mungkin ia adalah hal yang penting.

4. Si dia tidak pernah mengingati tarikh penting. Anda sahaja yang sering mengingati segala tarikh penting, malah anda juga mengingatkan si dia tentang tarikh hari jadi anda. Anda bersangka baik, mungkin si dia terlalu banyak hal untuk di fikirkan.



5. Si dia tidak mempunyai akaun simpanan. Anda mempunyai duit simpanan dan mahu menyimpan untuk sesuatu yang penting seperti kecemasan atau perkahwinan, dan anda tidak kisah jika si dia tidak mempunyai wang simpanan.

6. Si dia seperti tiada potensi untuk dikenalkan kepada sahabat atau keluarga. Anda seperti khuatir untuk membawa si dia berjumpa dengan orang ramai, kerana anda tahu si dia akan tidak selesa untuk berbual dengan keluarga dan sahabat anda.

7. Si dia juga sering memerlukan pertolongan anda. Terutama ketika mahu bersiap sedia untuk pergi temuduga kerja. Pakaian apa yang sesuai untuk temuduga. Di pendekkan cerita, anda sahaja yang menyediakan segala-segala untuknya.



8. Si dia tiada perancangan atau tidak tetap pendirian. Si dia seperti tidak serius dengan kerja mereka, tetapi sering pula mengomel tentang majikan yang langsung tidak pandang pada bakat yang si dia ada. Malah, si dia tiada langsung perancangan untuk masa hadapan untuk mempunyai kerja tetap.

9. Si dia pemalas. Si dia yang anda kenal seperti tidak tahu menguruskan tentang diri sendiri, termasuk lah membasuh baju sendiri, atau mengemas rumah. Segala-galanya akan dilakukan oleh ibu, orang gaji atau anda sendiri.

10. Malah si dia juga jarang untuk mengucapkan terima kasih pada anda, kerana anda sering menolong si dia melakukan segala aktiviti untuknya.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen