Ciri-Ciri Wanita Yang Tidak Digalakkan Dinikahi.

Oleh: Zuzu Yasmine

Dalam mencari seorang wanita yang sesuai untuk dijadikan isteri dan ibu kepada anak-anak pada masa akan datang nanti, pelbagai ciri yang harus dititik beratkan. Ia demi kebahagiaan rumah tangga yang akan dibina dalam jangka masa yang panjang. kalau boleh berkahwinlah untuk sekali sahaja tetapi untuk selamanya. Jadi dalam pemilihan itu, amat penting jika kita mencari betul-betul yang terbaik untuk diri kita. Mungkin kurang bagi orang lain tapi pastikan sempurna untuk diri kita. Oleh itu, terdapat beberapa ciri yang perlu dilihat demi kebahagiaan yang bakal di bina.



Terdapat lima ciri wanita yang tidak digalakkan dinikahi demi kesejahteraan dan kebahagian rumah tangga yang akan dibina nanti.

1. Wanita yang fasik.

Wanita yang bersifat fasik ini adalah wanita yang sukar menerima nasihat daripada orang lain. Ia seolah-olah hanya dirinya sahaja yang betul. Apabila dinasihati, ia akan melenting dan akan melawan. Ia juga seorang yang keras kepala dan sukar untuk dibimbing. Jadi jika menikahi wanita ini, kesukaran membimbingnya ke jalan yang baik adalah sukar.

2. Wanita yang suka mengeluh.

Mengeluh dalam semua perkara adalah satu perbuatan yang tidak elok. Kita sebagai hamba perlu sentiasa mensyukuri segala nikmat yang telah diberikan oleh-Nya. Jika diri selalu rasa tidak cukup dengan apa yang ada akan membuatkan seseorang itu lupa pada sang pencipta. Oleh itu, menikahi wanita ini akan membuat hidup anda rasa kekurangan walhal ia telah dilimpahi rezeki yang meluas.


3. Wanita yang suka mengungkit.

Perkara yang lepas usah lagi dikenang walaupun sebagai satu perkara yang membimbing diri. Hal ini kerana kita tidak mampu mengulangi perbuatan yang sama pada masa lalu. Jadi mengungkit setiap perkara adalah perkara yang tidak elok. Dan ia mampu menimbulkan perbalahan dan pergaduhan. Di samping menimbulkan rasa tidak puas hati dalam perbandingan. Jadi, demi kebahagian, wanita yang suka mengungkit perlu dielakkan untuk dinikahi.

4. Wanita yang suka berbangga diri.

Berbangga diri dengan segala nikmat yang diberikan oleh Allah s.w.t, seumpama tidak mensyukuri nikmat yang diberi. Dan wanita ini juga seolah-olah tidak mempunyai belas melihat kesusahan orang lain. Terutama jika si dia suka membangga akan dirinya akan menyebabkan lahir sifat sombong dan bongkak. Oleh itu, wanita ini juga tidak digalakkan untuk dinikahi.

5. Wanita yang suka memaksa.

Wanita yang mempunyai sifat memaksa suami atau pasangannya untuk memenuhi nafsunya adalah tidak sesuai untuk dijadikan isteri. Hal ini kerana, mereka ini akan memaksa suami-suami mereka mendengar kata mereka. Di samping memaksa memenuhi kesemua keinginan dirinya walaupun tahu suaminya itu tidak mampu. Jadi wanita seperti ini tidak digalakkan dinikahi kerana ditakuti akan memberi kesusahan pada suaminya nanti.

Kesimpulannya, sebelum memilih calon isteri, teliti dahulu akan sifatnya. Hal ini demi menggelakkan berlakunya perpecahan rumah tangga yang sehingga menyakiti anak-anak. Oleh itu, lakukan pilihan yang bijak.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen