Kelebihan Tinggal Di Rumah Mertua Setelah Bernikah.

Setelah mendirikan rumah tangga, bukan semua pasangan dapat tinggal di rumah baru samaada menyewa mahupun terus membeli rumah. Sudah tentunya apabila berkahwin, pelbagai urusan yang perlu diselesaikan di awal perkahwinan. Oleh itu, inisiatif tinggal di rumah mertua adalah pilihan yang perlu diambil. Apabila tinggal di rumah mertua, ada kelebihan-kelebihan tertentu yang mungkin kita tidak terfikir antaranya:



1. Menjimatkan perbelanjaan.

Apabila tinggal di rumah mertua, sudah tidak perlu lagi memikirkan kos perbelanjaan untuk rumah sewa. Dalam tempoh masa itu, anda dan pasangan boleh mengumpulkan wang untuk perkara yang penting di masa akan datang misalnya simpan wang bagi memberi kereta atau rumah.

2. Merapatkan pertalian kekeluargaan.

Tunjukkan peribadi yang elok apabila bersama keluarga mertua. Dengan demikian akan menambah erat persaudaraan antara keluarga. Keluarga anda juga pasti akan sering berkunjung untuk melawat anda di rumah mertua.

3. Mempelajari ilmu perkahwinan.

Tinggal bersama orang tua, tentunya mereka mempunyai pengalaman tersendiri setelah berkahwin. Minta nasihat daripada mereka untuk membina keluarga bahagia, pelajari ilmu masakan sebaik mungkin terutama masakan kegemaran suami. Tolak ansur adalah perkara penting apabila tinggal di rumah mertua. Oleh itu, sabar dan terus memberikan yang terbaik buat mereka.


Apapun, setelah lama berkahwin, sang suami perlu menyediakan rumah untuk keluarganya. Tanggungjawab menyediakan tempat tinggal adalah kewajipan seorang suami. Kerana sudah tentunya apabila mempunyai anak, barang akan semakin bertambah, ruang semakin sempit dan tidak selesa. Untuk wanita, tidak mengapalah seketika kita bersusah-susah di awal perkahwinan, insyaAllah tidak lama nanti kesusahan tersebut akan bertukar dengan kesenangan. Pengorbanan seorang isteri patut dihargai oleh suami. Ingat itu ya sang suami!


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen