Makna Disebalik 'Perkataan' Wanita.

Wanita dan bahasa kiasan berpisah tiada. Mereka memang suka memberikan perkataan yang kadang kala menimbulkan tanda tanya seorang lelaki. “Tadi kata okey saja, tapi sekarang merajuk pula.” Haha Ini biasa berlaku apabila seorang lelaki bersama pasangan mereka. Untuk mengetahui secara mendalam maksud perkataan mereka, jom baca selanjutnya.



1. “Bolehlah.”

Lihat pada wajahnya. Pasti akan ada terselit sedikit kemurungan. Hehehe sebenarnya dia nak kata, “saya tak berapa nak suka.” Jadi, apa yang anda harus lakukan adalah, mencari solusi. Tapi dengan nada yang lembut, “kalau nak ambil, kalau tak kita cari lain. Okey?”

2. “Buatlah.”

Ini perkataan yang sebenarnya ayat cabaran. Tapi jangan dibuat pula. Naik pula anginnya nanti. Sabar je dengan kerenah mereka ni. Memang macam-macam diaorang ni. Ish. Sabar, sabar. Hehehe

3. “Tak ada apa.”

Tak ada apa bermaksud ‘ada apa’. Okey, okey. Jangan pening. Sis terang ya. Dia sebenarnya tak puas hati, tapi dia pendam perasaan tersebut. Samaada malas cari pasal atau memang dah mula merajuk. Jadi, apa nak buat? Pujuk elok-elok, kalau malas sangat biarkan saja. Tapi selepas beberapa ketika tegur balik mereka dengan cara yang baik.

4. “Sudahlah.”

Ni tahap marah yang teramat. Apa kau buat sampai jadi macam tu? Habislah. Andaikata dia boleh maafkan kau, syukurlah. Kalau tak, tak boleh buat apa. Kau taubat dan berdoa sajalah moga dia dapat terima kau balik nanti.

5. “Okey, 5 minit je.”

Haha. Perkataan ini korang jangan percaya sangat. Kadang, penipuan je semua tu. 5 minit tu boleh menyebabkan kau berjanggut menunggu. Jadi, caranya adalah. Ingatkan kepada mereka. “5 minit je ya! Jangan lebih. Nanti tinggal.”


Jadi, faham ya. Kalau dah tahu maksud perkataan ni. Jangan buat endah tak endah saja bila mereka merajuk, marah dan sebagainya. Mereka ni butuh perhatian, kasih sayang. Jadi, jaga perasaan mereka sebaik mungkin.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen