Situasi-Situasi Yang Menyebabkan Seorang Wanita Itu Sukar Memahami Pasangannya.

Oleh: Zuzu Yasmine

Seorang wanita ini begitu sensitif dalam emosi dan tingkah laku seseorang terhadap dirinya. Jika dirinya tidak memahami dan percaya seseorang itu dengan baik, mereka akan meletakkan satu jarak dalam perhubungan. Dan jarak itu yang menyebabkan seorang wanita itu mula berubah hati terhadap pasangannya. Ataupun, melihat pasangan kepada wanita lain adalah lebih bagus dan baik berbanding pasangannya.



Terdapat situasi-situasi di mana seorang wanita itu mula tidak memahami pasangannya. Dan situasi-situasi itu melibatkan emosi dan percaya diri terhadap pasangannya.

1. Pertengkaran atau serangan.

Setiap pasangan akan ada tidak sefahaman dalam perhubungannya. Dan ia mungkin akan melibatkan sedikit pertengkaran dan pergaduhan. Tetapi jika pergaduhan itu hanya menggunakan mulut dan kata-kata ia adalah perkara biasa. Namun jika pergaduhan itu melibatkan sentuhan kasar itu bukan satu hal yang biasa. Di situlah wanita mula ragu akan kasih sayang anda.

2. Sifat kemanusiaan.

Wanita sifatnya lebih mudah tersentuh terhadap satu perkara yang menyedihkan. Jadi mereka ini akan melihat sifat kemanusiaan yang ada dalam diri pasangan mereka. Di mana lelaki yang mudah tersentuh sifat kemanusiaannya apabila melihat manusia lain dalam kesusahan adalah lebih dipandang dan disukai. Dan jika anda sebaliknya, pasangan anda akan memikirkan bahawa anda tidak sanggup susah senang bersamanya. Perasaan ragu akan timbul terhadap anda.

3. Penjagaan atau kawalan.

Dijaga dan dibelai adalah satu sifat yang tidak asing lagi apabila denga wanita. Menjaga dan mengawal itu satu perkara yang berlainan. Di mana menjaga itu, anda memastikan dirinya tidak terluka tetapi mengawal pula adalah mengongkong dirinya. Jadi jika anda tersilap langkah antara menjaga dan mengawal, ia akan menyebabkan pasangan anda berubah hati dan fikiran.


4. Memaafkan atau hukuman.

Setiap orang tidak lari dari melakukan kesalahan. Dan setiap kesalahan itu pasti berpunca, sama ada dirinya atau pihak yang lain. Jadi sebagai pasangan anda perlu mencari tahu punca kesalahan tersebut sebelum menjatuhkan hukuman. Tetapi bagi seorang wanita, memaafkan itu lebih mudah untuk diterima berbanding hukuman.

5. Penjimatan atau kedekut.

“Lelaki bekerja, wanita berbelanja” adalah satu perkara yang kerap dikatakan apabila terlibat dalam perhubungan. Jadi sebagai lelaki anda perlu bijak untuk menarik perhatian pasangan anda dari terus membelanjakan wang anda. Tetapi ingat jangan sampai dirinya menyatakan anda seorang yang kedekut cuma anda perlu berjimat untuk masa hadapan.

Kesimpulannya, kelima-lima situasi ini akan membuat seseorang wanita itu berfikir secara berlebihan. Dan persoalan yang bermain di otaknya adalah, adakah pasangannya menerima dirinya sebenarnya. Dan mengapa pasangannya itu berkelakuan seperti itu. Dari situ lah akan mula kelihatan perubahan sikap wanita itu.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen