Lelaki Yang Yakin Anda Wanita Sesuai Dengannya Akan Serius Tentang Perkahwinan.

Bukan mudah bagi seorang lelaki untuk mengungkap hal perkahwinan berbanding mengungkap cinta. Perkahwinan memerlukan komitmen yang tinggi. Memerlukan wang untuk dilaburkan, memerlukan perubahan diri untuk menjadi seorang suami dan ayah kelak, dan memerlukan teguhan hati untuk mendapatkan anda.

Seorang lelaki bertanggungjawab akan berfikir bahawa hal perkahwinan bukan perkara main-main. Sebab itu lelaki kurang macho lebih suka untuk bercinta berbanding serius tentang perkahwinan. Jika diajak berkahwin, pelbagai alasan yang diberikan. Mereka hanya berani mempermainkan wanita, tapi takut untuk serius dalam hal ini.

Walaupun tidaklah lama tempoh perkenalan antara pasangan tersebut, tetapi setelah keduanya merasa serasi untuk bersama, mereka akan mengikut citarasa hati tersebut seutuhnya. Kerana yakin, kenal lama dalam masa percintaan bukan realiti, tetapi ia hanya ilusi semata-mata. Masing-masing menjadi watak dalam sebuah lakonan tanpa mempamerkan watak sebenar dalam kehidupan.



Lelaki yang yakin bahawa wanita tersebut sesuai dengannya, akan segera mempercepatkan hal-hal perkahwinan. Samaada tidak sanggup kehilangan atau tidak sabar untuk bersama. Jadi, untunglah kan jadi wanita yang mendapat lelaki begini?

Apapun, perlulah diteliti terlebih dahulu peribadi masing-masing agar kita mendapat pasangan yang baik dan sempurna agamanya. Tanya pendapat orang terhadap calon tersebut, selidiki melalui apa saja cara yang tidak bertentangan dengan syarak dan berbincanglah dengan serius  hal ini bersama keluarga anda.


Lelaki yang baik, tidak akan memberi cinta palsu kepada anda. Tetapi dia ingin membawa anda sama-sama ke syurga. Diambilnya anda dengan cara yang halal, dibajai dengan akhlak dan peribadi mulia, kemudian sama-sama menggapai syurga. Itu baru dinamakan cinta sebenar.

Jadi, pilihan terletak di tangan anda. Sama ada ingin memilih pasangan yang bermain cinta mahupun memberi cinta halal buat anda. Yakin, orang yang mengambil anda dengan cara yang halal akan membahagiakan anda di dunia dan akhirat. Jika salah, dia betulkan. Jika benar dia perelokkan lagi.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen