Bagaimana Mengenali Pasangan Tanpa Perlu Bercinta?

Sebagaimana yang diketahui umum, bercinta sebelum bernikah adalah haram untuk dilakukan. Banyak sebab Allah mengharamkan perkara tersebut antaranya untuk mengelakkan fitrah antara pasangan, dapat menjauhi perkara yang dilarang sebelum menjadi pasangan yang halal. Jadi, bagaimana untuk mengenali baik buruk pasangan? Kalau tersalah langkah, nanti menyesal pula.



1. Membawa mahram.

Andaikata kita sama sekali tidak pernah mengenali pasangan, untuk bertemu buat pertama kali, dan selanjutnya, bawalah mahram bersama agar kita terhindar daripada fitnah dan perkara-perkara mudarat yang lain.

2. Media sosial.

Di alam serba canggih ini, tidak salah untuk kita menggunakan teknologi untuk menyiasat perwatakan dan tingkah laku seseorang. Kita dapat mengenali perwatakan seseorang melalui penulisan. Jika penulisannya cenderung positif dan bermotivasi, kemungkinan besar dia seorang yang baik. Begitu jugalah jika sebaliknya.

3. Mengunjungi keluarga.

Sudah semestinya untuk meneruskan langkah untuk berkahwin, meminta keizinan daripada keluarga adalah satu keperluan. Sering berkunjung juga tidak mengapa. Asal anda dan pasangan tidak berdua-duaan seperti yang dilarang dalam Islam.

4. Doa dan istikarah.

Perasaan risau pastinya terbit untuk memberi kata putus untuk bersama orang yang baru dikenali. Oleh itu, berdoalah kepada Allah. Jika dia baik untuk kehidupan anda, maka dekatkan. Jika tidak, jauhkan. Allah mempunyai pelbagai cara untuk menjauhkan dan mendekatkan seseorang. Jadi, minta saja kepadanya. Lakukan juga solat sunat istikarah agar diberi keputusan yang tepat.

5. Yakin dengan keputusan.

Setelah melakukan hal-hal yang telah disebutkan di atas, yakin dengan keputusan yang diambil. Kerana semuanya sudah kita serahkan keputusan kepada Allah. Jika kita lihat semua urusan ke arah tersebut lancar dan baik, itu petanda dia adalah jodoh anda. Apabila urusan tersebut terlalu banyak halangan, kemungkinan itu adalah petanda anda dan si dia tiada jodoh.


Jadi, usah bersedih. Tekadkan pendirian dan yakin Allah akan memberikan jodoh yang terbaik buat anda kelak. Dalam tempoh perkenalan atau pertunangan, anda dan pasangan bila-bila masa sahaja boleh membuat keputusan untuk putuskan perhubungan. Samaada dari pihak lelaki mahupun wanita. Jadi, terlalu berharap si dia adalah jodoh tidak perlu. Kerena ini akan menyebabkan seseorang sangat tertekan sekiranya dia tidak dapat apa yang dimahukan. Oleh itu, relaks and cool saja. Kalau ada jodoh, adalah tu.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen