Jawapan Pada 6 Soalan Ini, Berkemungkinan Akan Menentukan Bahawa Si Dia Adalah Jodoh Anda.

Hubungan berantakan adalah perkara normal pada pasangan yang bercinta atau pun yang telah berkahwin, tetapi tidak semua mahu putuskan hubungan jika sesuatu hubungan itu ada masalah kerana hati masih sayang.



Jadi, sebelum anda mahu putuskan hubungan dengan si dia, atau bercerai dengan si dia, anda perlu berfikir dan bertanyakan diri anda tentang soalan di bawah.

1. Adakah anda masih dapat melihat harapan terhadap si dia pada masa hadapan?

Tidak, anda dapat merasakan tidak mendapat apa-apa keuntungan daripada si dia.

Ya, anda masih memerlukan si dia dan si dia juga tidak boleh hidup tanpa anda.

2. Adakah segala keperluan terlaksana?

Tidak, hanya anda seorang sahaja yang melaksanakan keperluan si dia.

Ya, anda dan si dia bekerjasama untuk memenuhi keperluan masing-masing.



3. Adakah anda masih mencintai si dia, atau ia adalah secara terpaksa?

Tidak, anda semakin lama, semakin tawar hati apabila berlaku pergaduhan.

Ya, anda mencintai si dia bukan kerana terpaksa, setiap pergaduhan dapat diselesaikan, malah hati semakin rindu.

4. Adakah anda bahagia tanpa si dia?

Tidak, setelah saya melakukan segala aktiviti keseorangan, hati dan perasaan masih teringat pada si dia. Bagaimana hari-hari yang dia tempuh? Cukupkah makanan? Jika tidak sihat, siapa yang akan menjaga?

Ya, walaupun saya sibuk dengan bekerja, menguruskan anak-anak mahupun keluarga, hati saya tidak terdetik atau teringat pada si dia.



5. Adakah hubungan ini membawa kesan yang baik terhadap diri anda?

Tidak, anda hanya nampak segala yang negatif sahaja pada si dia dan sikap anda berubah menjadi semakin teruk.

Ya, si dia adalah platform untuk saya beristiqomah kepada Allah, semakin dekat diri dengan Allah, semakin Allah dekatkan hati kami berdua.

6. Adakah anda dilayan dengan baik? Dan dihormati oleh pasangan?

Tidak, si dia tidak pernah menghormati pendapat anda dan sering diperkecilkan. Malah si dia hanya melihat kesalahan anda sahaja.

Ya, anda dihormati dan dilayan dengan baik. Malah anda berdua sama-sama memperbaiki kesalahan masing-masing.



 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen