5 Soalan Menarik Anda Perlu Tahu Sebelum Menerima Kawan Baik Sebagai Kekasih Hati.

Jatuh hati pada rakan baik anda sendiri yang berlainan jantina? Pasti anda sendiri keliru dan tidak tahu bagaimana untuk meluahkan perasaan bukan?

Jika perkara atau situasi ini terjadi, sama ada si dia hanya menjadi crush anda atau pun anda dengan sengaja menjauhkan diri untuk mengelakkan perasaan bertambah bercelaru.



Jadi, jom ketahui soalan-soalan yang anda perlu tahu sebelum anda mahu menerima rakan baik sebaik teman sehidup semati anda.

1. Bagaimana untuk mengorat?

Secara kebiasaan, anda dengan si dia terlalu bersahaja. Sudah tentu apabila secara tiba-tiba mempunyai perasaan, anda mahu penampilan dan segala perbuatan kelihatan sempurna terhadap si dia. Tidak perlu menjadi orang lain, hanya menjadi diri anda sendiri sahaja.

2. Adakah anda berdua telah lama berkenalan?

Adakah sudah satu tahun? Atau hanya beberapa bulan? Semua itu kadang kala akan menentukan perasaan anda pada si dia. Adakah anda suka pada si dia hanya sebagai kawan untuk kepentingan anda? atau anda memang perlukan si dia.



3. Kenapa anda memerlukan dia sebagai teman sehidup dan semati?

Adakah anda sudah terfikir perkahwinan dengan si dia? Adakah anda nampak masa hadapan apabila bersama si dia? Jika si dia bagaikan melengkapkan hari anda, menyempurnakan hari anda dan tidak memberi segala tekanan, mungkin dia adalah orangnya.

4. Adakah anda bersedia untuk menerima perubahan dalam perhubungan kalian?

Jika anda mahu meluahkan perasaan dan inginkan hubungan ke tahap yang seterusnya, adakah anda mahu mengekalkan dengan panggilan bersahaja, atau romantik?

Jika lelaki mahu mengorat si gadis, si lelaki perlu tahu, jangan sesekali memanggil si gadis dengan sayang atau baby dengan sengaja jika tidak mahukan mereka sebagai teman hidup anda.



Wanita, perempuan atau di panggil gadis ini, mereka mudah tersentuh dan sensitif. Jika seorang lelaki mula melayan mereka dengan baik dan memanggil manja, sudah tentu mereka akan mengharap pada anda. Dan hubungan kalian akan menjadi lebih merumitkan. Jadi, hati-hati ya!

5. Adakah kalian berdua mempunyai kumpulan kawan yang sama?

Sudah tentu akan menjadi kekok kerana anda dan si dia mempunyai kumpulan kawan yang sama, dan sering meluangkan masa bersama secara berkumpulan. Hati-hati, mungkin ada yang gembira dengan hubungan anda, atau menjadi batu api.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen