Dimana Seronoknya Kahwin Ni??

Oleh: Rafi

Selalu orang tanya, datang musim cuti sekolah ja, ramai orang buat kenduri kahwin, memang musim orang kahwin. Seronok ker kahwin ni, kalau seronok, kat mana seronoknya? Cuba jawab....jawab...Kalau seronok, mengapa ada orang yang kahwin lewat, kekadang umur dah dekat 40 tapi tak kahwin-kahwin lagi. Betul ke kahwin ni seronok. Rasa anda, kalau diajukan soalan macam ni, sapa yang patut jawab, dan kalau ditanya pada anda, agak-agak apa anda nak jawab. Soalan ni sepatutnya dijawab oleh orang yang dah kahwin, sebab orang yang dah kahwin saja yang tau seronok atau tidak. Kalau tanya orang bujang, depa mana ada pengalaman lagi. Jadi apa jawapan kepada soalan ni. Antara seronoknya kahwin ialah:-



1. Ia memenuhi tuntutan fitrah manusia. Yang ni tentu semua orang faham kot. Apa fitrah manusia? Fitrahnya yang lelaki nak kepada perempuan dan yang perempuan tertarik kepada yang lelaki. Sesuai sekali dengan maksud nikah iaitu menghalalkan apa yang haram sebelum ini. (Kalau yang ni tak seronok tak tau la...)

2. Kehidupan menjadi lengkap dan sempurna. Lelaki dan perempuan itu saling lengkap melengkapi dalam hidup berumahtangga. Yang lelaki pegi kerja cari duit, perempuan jaga rumah, harta dan anak suami. (Kalau tak der isteri sapa nak jaga anak2 kita...)



3. Kalau suami isteri kerja, apa yang best. Pendapatan keluarga double. Kalau keje sorang gaji sorang jer ler.... Kan best tu gaji double...

4. Keluarga bertambah. Dulu ada sorang jer mak, sekarang lepas kahwin ada 2 orang mak (mak sendiri & mak mertua) begitu juga dengan ayah.

5. Dapat zuriat. Yang ni memang best sebab daripada sini baru kita tahu bahawa diri kita ini tidak mandul. Kalau kita tak kahwin sudah tentu kita tak tau, betul tak.

6. Yang best lagi kalau kita dapat zuriat yang baik, yang boleh jaga kita masa hari tua dan doa akan kesejahteraan kita.

Banyak lagi yang best, cuma ke bests an itu ada yang datang awal dan ada yang datang lewat. Jadi pasangan kena tunggu dan pandai mengatur supaya kegembiraaan perkahwinan itu sentiasa ada. Cuma mungkin bagi mereka yang kata kahwin tu tak seronok sebab mereka tak nampak kebaikan nikah selain hubungan intim sahaja, yang boleh dicari dirumah tumpangan mana-mana. Fikir-fikirkan....


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen