Antara Kesan Jika Anda Mencintai Seseorang Hanya Dengan Bertepuk Sebelah Tangan.

Anda perlu sedar bahawa, jika anda mencintai seseorang dan secara total anda berubah menjadi orang lain malah bukan menjadi diri sendiri, ia adalah cinta bertepuk sebelah tangan. Secara sedar dan tidak sedar, anda telah menjadi seseorang yang si dia mahukan.

Anda bukan memperbaiki kelemahan pada diri anda sendiri, malah kelemahan si dia juga anda tidak mampu untuk perbaiki. Anda silap jika anda rasa, anda berubah itu adalah perubahan ke arah kebaikan.



Perubahan yang bagaimana? Dan apakah kesan yang anda terima?

1. Peranan anda sebagai kekasih yang akhirnya menghancurkan perasaan anda sendiri.

Anda bertemu dengan seseorang yang daripada awal perkenalan, si dia jujur pada anda bahawa tidak bersedia dengan komitmen dan hubungan yang serius.

Disebabkan anda amat mencintai si dia, dan anda sanggup menunggu untuk mengubah fikiran si dia, malah mahu buktikan pada mereka, bahawa mereka yang silap.

Tetapi akhirnya anda yang silap, kerana, anda memang tidak boleh mengubah diri mereka. Yang berubah hanya diri anda sendiri sahaja.



2. Tidak berpijak pada bumi yang nyata.

Anda membiarkan diri anda hidup di alam fantasi. Anda sering melakukan sesuatu yang hanya terjadi di alam fantasi sahaja, tetapi bukan realiti. Anda seperti tidak kisah melakukan sesuatu di luar jangkaan si dia, supaya mereka tahu isi hati anda yang sebenar.

Anda terlalu obsess dan terdesak dengan diri mereka. Anda sanggup menunggu si dia untuk sah kan hubungan kalian berdua. Anda hanya berkhayal sendiri betapa indahnya hidup anda dengan si dia.



3. Anda meletakkan segala kesalahan di atas diri si dia.

Apabila si dia tidak dapat membalas cinta anda, anda seratus peratus menyalahkan diri mereka. Walhal ia adalah kesalahan diri anda sendiri yang terlalu mengharap pada si dia. Dan juga kerana, anda sendiri yang sanggup menunggu mereka dan untuk mengubah diri mereka.

4. Anda tidak lagi menjadi diri sendiri.

Situasi ini memakan diri sehingga satu hari, anda melihat diri anda sendiri di cermin. Siapakah anda yang sebenar? Di manakah diri anda yang dulu sentiasa positif dan semangat?

Anda sendiri yang terperangkap dengan hubungan hanya bertepuk sebelah tangan. Terlalu mengharap pada si dia. Tiada toleransi daripada si dia. Segalanya anda sahaja yang berubah.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen