Untung Dapat Wanita Simple-simple Saja. Sebab?

Wanita yang berpenampilan sederhana terserlah keayuaanya dan kadang kala membuatkan lelaki jatuh cinta. Ada beberapa hal yang membuatkan wanita sederhana ini mempunyai keistimewaan sendiri berbanding wanita high maintenance. Antaranya adalah:



1. Sopan.

Sudah tentunya dengan kesederhanaan tersebut membuatkan dia tampak lebih sopan dan ayu. Bukanlah tidak terurus. Penampilannya kemas. Barang yang dipakai tidaklah mahal, tetapi cantik apabila dikenakan.

2. Tidak boros.

Untunglah dapat wanita sederhana ni. Nak belanja yang mahal, confirm dia tolak. Katanya, membazir sahaja. Sebaiknya dahulukan perkara yang lebih penting berbanding membelanjakan barang peribadinya. Beli barang yang murah dan cantik. Itu saja hendaknya.

3. Mampu berdikari.

Apabila suka hidup bersederhana, mereka boleh hidup berdikari tanpa bantuan orang lain. Apa saja, redah je. Hujan, bantai. Duduk rumah sederhana. Okey. Baginya, nikmati saja apa yang ada. Syukur itu lebih penting berbanding mewah tapi hidup tak tenang. Kan?

4. Pandai menjaga diri.

Sederhana tidak bermaksud dia kolot. Dia pandai menjaga diri daripada diganggu oleh orang lain. Jadinya, dia berperanan menjadi wanita eksklusif. Hanya orang yang berhak sahaja mampu memilikinya. Setakat kacau tepi jalan, tak layanlah. Bukan standard dia. Jeling pun tidak. Hehe

5. Setia.

Baginya, bukan lelaki yang mewah dan kacak yang dipilih. Tetapi dia menilai hati seseorang. Apabila lelaki tersebut mendapatkannya, dia akan menjaga sebaik mungkin dan mencintai sebaik mungkin walaupun perlu bersusah-susah terlebih dahulu di awal perkahwinan.


Untung bukan? Jadi, mengapa perlu melepaskan mereka? Jaga elok-elok wanita begini. Payah nak dapat di zaman sekarang. Sekali dapat, memang syoklah. Apapun, pastinya mereka mempunyai kekurangan tertentu. Terima kekurangan tersebut. Jika mampu menegur, tegur dengan cara yang baik. Jika tidak, andalah yang perlu menutup kekurangan tersebut. Barulah dikatakan macho kan?


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen