Mengapa Anda Masih Belum Bertemu Pasangan Untuk Bercinta?

Oleh: Zuzu Yasmine

Melihat orang lain bahagia bersama pasangan mereka, sudah pasti akan terdetik di hati untuk mempunyai rasa seperti mereka. Bukan itu sahaja, keinginan untuk berumah tangga dan mempunyai keluarga adalah satu lumrah kehidupan yang perlu dirasai. Walaupun tidak tahu pengakhirannya bagaimana. Cuma satu hal yang selalu memeningkan kepala anda, iaitu mengapa sehingga kini anda masih tidak mempunyai pasangan.



Jika hendak dikatakan kurang dari rupa paras, setiap orang memiliki kecantikan yang tersendiri. Jika dari segi kerjaya, anda mempunyai kerjaya yang selesa. Kehidupan anda juga menyeronokkan. Cuma anda tidak memiliki pasangan yang sentiasa menemani dan memenuhi keinginan anda. Mungkin empat ini punca anda tidak memiliki pasangan lagi.

1. Anda terlalu takut untuk berkawan.

Rasa takut untuk memulakan satu perkenalan baru dengan mereka yang berlainan jantina ini menyebabkan anda masih lagi bersendirian. Anda tidak mempunyai keyakinan yang cukup untuk melebarkan sikap sosial anda. Jadi anda lebih selesa untuk memilih hidup secara bersendirian.

2. Anda rasa anda tidak layak untuk bercinta.

Mungkin kekecewaan dan kesilapan dalam perhubungan lalu menyebabkan anda takut untuk rasa bercinta lagi. Tidak pun anda merasakan anda tidak layak untuk menerima cinta seseorang. Ketakutan anda untuk mencintai seseorang juga begitu tinggi sehingga anda tidak mampu untuk mengawalnya.


3. Anda hanya berkawan dengan orang yang senasib dengan anda.

Kawan adalah orang yang akan menyokong dan memberi nasihat apabila diri anda mengalami kesusahan. Tapi jika mereka juga senasib dengan anda iaitu tidak mempunyai pasangan, pasti mereka tidak akan menasihati anda mengenai percintaan dan perhubungan. Jadi anda dan mereka akan terlalu selesa dengan kehidupan sebegitu.

4. Anda tidak membuka hati anda.

Hati anda adalah perkara yang penting. Di mana ia adalah permulaan segala-galanya. Jika anda tidak mencuba membuka hati untuk menerima seseorang yang baru seterusnya menjalani satu hubungan yang baru. Anda akan terus bersendirian selamanya. Segala-galanya di tangan anda, anda juga yang memilihnya.

Dalam mencari pasangan ini anda perlu rajin bergaul dengan ramai orang. Anda tidak boleh bersendirian dan menyepikan diri. Jodoh itu tidak akan datang bergolak, ia perlukan satu usaha yang kuat.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen