Lumrah Lelaki Suka Mengejar, Bukan Dikejar.

Apa yang akan terjadi pada wanita yang digelar ‘perigi mencari timba’? Walaupun pada zaman Rasulullah s.a.w, Saidatina Khadijah r.a yang datang pada Baginda untuk dijadikan teman hidup.

Percayalah wahai wanita, sejauh mana sekalipun anda mengejar seorang lelaki yang ada minati, jika si dia masih menolak, dia bukan lah jodoh anda.

Lelaki akan berasa rimas, jika seorang wanita atau gadis tergedik-gedik atau terhegeh-hegeh terhadap mereka. Jika anda melihat lelaki itu tersenyum atau tersengih-sengih melihat kelakuan anda, mereka hanya tertarik pada anda sahaja, tidak lebih daripada itu.

Tidak salah seorang wanita ingin merisik dan meminang seorang lelaki, tetapi kelakuan wanita zaman sekarang tidak lagi sama seperti zaman dahulu. Bersopan santun, setiap bait kata-kata terhimpun segala hikmat dan positif yang mampu menggetarkan jiwa lelaki.

Wanita zaman sekarang lebih lantang bersuara, berkata-kata kesat dan lucah, tidak menjaga aib sosial media, malah lebih teruk gemar pula melayari website yang tidak sepatutnya. Wanita atau gadis seperti ini, hanya lah permainan untuk lelaki sahaja, tidak lebih daripada itu. Kedengaran agak teruk, tapi itu lah realiti.

Jadi, anda fikir masih ada lelaki mahu mengejar anda, jika anda berkelakuan begini?

Jangan terlalu merayu dan menangis pada lelaki yang tidak mahu mengejar anda. Sudah lumrah mereka, jika mereka inginkan sesuatu, pasti mereka akan mengejarnya.

Lelaki yang benar-benar lelaki sejati akan menghormati maruah si wanita, jika benar mereka mencintai anda, sudah tentu mereka lakukan di jalan yang halal. Mereka tidak akan sia-sia kan hidup anda terkontang-kanting tanpa arah tuju.

Seperti pada zaman sekarang, cara menghubungi  seseorang tidak lagi terhad. Melalui facebook, instagram, twitter, whatsapp dan pelbagai medium sosial media lagi. Jika seorang lelaki hanya ‘like’ gambar anda, adakah itu sudah cukup atau menandakan si dia mula menyukai anda? Masih belum jelas lagi, jadi jangan berharap.

Jika wanita bijak menjaga diri, menjaga percakapan dan pergaulan, pasti anda akan dikejar.

Lelaki akan tertarik pada wanita yang misteri dan sukar didapati. Dalam percintaan, wanita harus bijak untuk menjual mahal supaya lelaki lebih minat untuk mengenali anda.

Tetapi jika si dia sudah serius mahu menjalinkan hubungan ke jinjang pelamin dan berjumpa dengan ibu bapa anda, masih lagi mahu menjual mahal? Andai kata si dia adalah jodoh anda, pasti akan bertemu. Jangan lupa berusaha, berdoa dan bertawakal pada Allah s.w.t.

Anda masih keseorangan?

6 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah laman web cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen