Tips Kurus Sebelum Raya.

Wacccaaaa!!! Orang kata, “sambil menyelam, minum air.” Sambil kita berpuasa, boleh juga kita mengambil kesempatan ini untuk mengurangkan berat badan. Iyalah. Mana tahu lepas raya ada orang nak masuk meminang, bakal berkahwin. Tak tahu juga kan? Perkahwinan ini kan kadang-kadang ajaib. Jodoh datang tanpa diduga. Jadi, sedia awal apa pun kemungkinan yang bakal berlaku dan yang penting, kita nak jaga kesihatan. Okey. Antara tipsnya adalah,

1. Sahur.

Sebenarnya waktu sahur dan berbuka itu amat cantik seperti mana yang telah ditetapkan. Dalam tempoh sebulan berpuasa, jangan sesekali tinggal bersahur, kerana makan sedikit ketika sahur dapat mengurangkan berat badan. Kalau malas sangat, minum air dan makan kurma. Simple. Pahala pun dapat kan?

2. Pengambilan air.

Mengikut pandangan Kevin Zahri, beliau berpendapat kita boleh minum 8 gelas air setiap hari seperti yang disaran oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) iaitu 3 gelas pada waktu sahur, 3 gelas pada waktu berbuka, dan 2 gelas ketika moreh. Tapi anda boleh juga meminum air manis yang lain. Apapun, lihat pada kuantiti pemakanan anda.

3. Senaman.

Jika anda ingin melakukan senaman ketika di bulan puasa, boleh lakukan 30 minit sebelum berbuka puasa. Tapi, elakkan untuk melakukan senaman yang berat. Lakukan yang mudah-mudah sahaja sambil bersantai-santai. Kemudian, pada waktu berbuka, bolehlah dapatkan makanan untuk mengembalikan tenaga anda.

4. Berbuka.

Bila berbuka, janganlah semua yang ada di bazar nak dimakan dalam tempoh sehari. Relaks. Puasa sebulan kot. Apa kata, tiap hari tukar menu, barulah apa yang diidamkan semuanya dapat. Kan? Rasa-rasa saja semua tu cukuplah. Hehe

Apapun, perlu konsisten dengan apa yang dilakukan. Barulah menjadi. Tak gitu? Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Oh ya. Perlu ingat, raya nanti jaga-jaga makanan yang ada depan mata ya. Nak makan boleh, tapi sikit-sikit cukuplah. Bak kata iklan Vitagen, “sayangi perut anda setiap hari. Vitagen!” Eh! Hehe Selamat mencuba!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen