Persediaan Untuk Berubah Menjadi Insan Yang Lebih Baik Menjelang Ramadhan.

“Aik, masa bulan puasa je ke nak berubah?”

Stigma masyarakat tentang perubahan menjadi baik menjelang ramadhan masih lagi tidak berubah. Ketika ada nya insan untuk berubah, kata-kata negatif sering dilemparkan pada insan tersebut. Adakah kita tahu tentang jodoh dan ajal nya? Adakah kita tahu tentang amalannya terhadap Allah s.w.t?



Mengapa kita tidak boleh berfikiran dan mengungkapkan kata-kata positif malah yang baik pada insan lain?

Terlalu bijak kah kita untuk menilai seseorang? Siapa tahu insan yang mahu berubah ke arah kebaikan itu akan menjadi lebih baik daripada masa silamnya? Mungkin insan tersebut lebih baik daripada kamu semua. Kita tidak tahu, jadi jangan pandai-pandai mahu menilai luaran manusia, hanya kerana kita mempunyai mata, akal dan mulut.

Ketika ramadhan, insan ini rajin ke surau, solat Jemaah, membaca Al-Quran malah bersedekah. Tidak lupa untuk solat sunat Dhuha, Tarawikh, Tahajud dan Widtir. Ketika insan ini mahu berubah, mengapa kita tidak boleh untuk menumpang kebahagiaan dan kegembiraan untuk si dia?



Berkemungkinan insan ini dapat merasakan, bulan ini lah dia mahu berubah dan mengharapkan cahaya untuk terus istiqomah. Jika sekeliling insan tersebut masih lagi negatif, adakah si dia mampu untuk meneruskan perjuangannya untuk berubah? Salah kah dia untuk berubah?

Bergembiralah dengan kedatangan bulan Ramadhan. Rasulullah s.a.w selalu memberikan khabar gembira kepada para sahabat setiap kali datang bulan Ramadhan:

“Telah datang kepada kamu bulan Ramadhan, bulan yang penuh keberkatan. Allah telah mewajibkan kepada kamu untuk berpuasa. Pada bulan itu Allah membuka pintu-pintu syurga dan menutup pintu-pintu neraka.” (HR. Ahmad).



Rancanglah agenda kegiatan untuk mendapatkan manfaat sebesar mungkin dari bulan Ramadhan...

Bertekadlah mengisi waktu-waktu Ramadhan dengan ketaatan…

Pelajarilah hukum-hukum semua amalan ibadah di bulan Ramadhan...

Sambut Ramadhan dengan tekad meninggalkan dosa dan tabiat buruk...

Sambutlah Ramadhan dengan membuka lembaran baru yang bersih kepada Allah dengan taubatan nasuha…..

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan!



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen