Perkara ‘Wow’ Yang Dilakukan Wanita Membuatkan Lelaki Tertarik.

Dalam beberapa hal, lelaki suka menilai wanita daripada sudut yang berbeza mengikut keadaan. Penilaian itulah menjadikan seorang lelaki terfikir dan membuatkan hatinya terpaut kepada wanita. Antara perkara wow yang boleh membuatkan lelaki tertarik adalah:



1. Berkebolehan.

Bijak saja tidak menjadikan wanita tersebut menarik. Kerana bijak yang tidak beradab juga mendatangkan muak kepada seorang lelaki. Mereka mudah merasa benci untuk melihat perangai sebegitu. Wanita yang mampu untuk melakukan pelbagai aktiviti dan sanggup mengharungi pelbagai cabaran menyebabkan mereka kagum dan tertawan.

2. Penampilan.

Penampilan menurut lelaki adalah berbeza mengikut pandangan masing-masing. Tetapi, umumnya mereka suka wanita yang kemas dan ayu. Ditambah dengan mengenakan baju kurung, lagi bagus. Pakaian seksi memang menarik perhatian mereka, tapi untuk dijadikan isteri, lelaki baik akan berfikir panjang untuk meneruskan hasrat tersebut.

3. Hormat orang lain.

Wanita memang sinonim dengan sifatnya yang lemah lembut. Lelaki akan memikirkan wanita tersebut sebagai ibu kepada anak-anak mereka. Apabila wanita itu mampu menawan hati kanak-kanak, dan pandai menghormati orang tua tanpa dibuat-buat, mereka akan cepat jatuh cinta terhadap wanita berkenaan.

4. Role model.

Siapa tidak bangga apabila dapat bersama dengan wanita dikagumi ramai orang. Sudah tentunya dia akan menjadi takjub dengan anda apabila mampu melakukan perkara yang jarang orang lain boleh lakukan.


Jadi, wanita semua. Cari dan nilai kebolehan yang anda ada. Jadikan ianya sebagai nilai tambah dan teruskan untuk komited dengan perkara yang anda lakukan. Jika dapat menjadi seorang yang lebih baik dari sebelum ini, itu amatlah bagus. Mudah-mudahan ia dapat menarik perhatian jejaka idaman anda. Hehe


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen