Lima Cara Untuk Si Dia Kekal Tertarik Dengan Anda Dalam Perhubungan.

Oleh: Zuzu Yasmine

Agak sukar untuk membuat pasangan kita sentiasa tertarik dengan diri kita apabila hubungan yang dibina mula menjangkau berbulan-bulan. Ia bukan hanya perlu berhias untuk menarik hati pasangan kita, tetapi banyak lagi perkara lain yang boleh dilakukan untuk menarik hati mereka ini. Cuma ia akan menjadi usaha seseorang itu, sama ada mahu melakukannya ataupun tidak. Atau hanya menganggap sambil lewa sahaja terhadap hubungan itu.

Buat anda yang ingin membuat pasangan anda terus kekal tertarik dengan anda dalam apa jua keadaan sekali pun. Mungkin boleh ikuti lima perkara ini. Tidak susah dan tidak perlu menggunakan modal. Semuanya bergantung pada anda.

1. Cari tahu apa yang disukai dan tidak.

Mulakan dengan mencari tahu apa yang disukai dan apa yang tidak disukai. Jika anda boleh menangkap perkara itu, bermakna anda cukup memahami dirinya. Sudah pasti pasangan anda tidak akan lari lain kerana sukar untuk bertemu orang yang memahami dirinya.

2. Fahami caranya berfikir.

Setiap orang mempunyai gaya pemikiran yang berlainan begitu juga anda dan pasangan anda. jadi anda perlu tahu rentak pasangan anda berfikir. Di mana juga akan mampu untuk mengikuti setiap rentak dan gaya pemikirannya. Baru lah anda dapat membuat dirinya semakin tertarik dengan anda.

3. Menjadi diri anda sendiri tapi yang paling terbaik.

Tidak salah juga jika anda mencuba untuk menjadi diri sendiri. Tetapi apa yang perlu diingatkan ialah, simpan segala sifat semula jadi anda yang tidak disukainya. Tunjukkan sifat semula jadi anda yang baik-baik sahaja. Tetapi jangan menjadi seorang yang berpura-pura pula.

4. Kadang kala cuba menguasai perhubungan.

Tidak salah jika seorang wanita cuba untuk menguasai satu perhubungan. Tetapi jangan terlalu kerap, kerana pasangan anda akan mula rasa tertindas dan membalas anda dengan menggunakan egonya. Dan akan juga akan kehilangan dirinya.

5. Bertindak nakal dalam perhubungan.

Menjadi seseorang yang nakal pasti akan mencuit hati pasangan anda. Hal ini kerana, kenakalan anda akan menghiburkan hatinya. Dan ia juga memudahkan dirinya untuk merasa selesa dengan anda. Apa yang penting ialah, si dia akan merasa bosan apabila anda tidak berada di sisinya.

Tidak kiralah anda lelaki mahupun wanita, masing-masing perlu bertindak untuk memikat pasangan. Bukan setakat untuk memikat mereka tetapi untuk membuat mereka terus kekal bersama anda tanpa jemu. Seterusnya menjalinkan hubungan yang serius dengan anda.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen