Perkara Yang Perlu Dilakukan Setiap Pasangan Agar Tidak Kecewa Apabila Dilukai.

Sudah lumrah kehidupan, kadang kita berada di atas, kadang kita ada di bawah. Apabila saat gembira usahlah terlalu ceria dan menghebohkan semua cerita kepada orang lain sehingga membawa orang lain kepada kedengkian. Apabila sedih, usah juga terlalu kecewa dan murung sehingga memudaratkan diri sendiri. Bersederhana itu penting. Antara perkara yang perlu diterapkan oleh setiap pasangan agar tidak takut dikecewakan adalah:



1. Meletakkan pengharapan hanya kepada Allah.

Manusia. Apabila terlalu berharap dengan manusia lain, kita akan rasa kecewa apabila dilukai. Kerana sudah tentunya mana-mana pasangan tidak dapat memenuhi segala apa yang kita mahukan dan dia sendiri mempunyai kelemahan dan kesilapan yang sering dilakukan. Itu perlu diakui dan kita hanya berharap kepada Allah semata-mata.

2. Cinta seseorang kerana Allah.

Cintalah Allah terlebih dahulu sebelum mencintai yang lain. Kerana, dengan mencintai Allah, kita tidak takut apabila kehilangan sesuatu. Apabila dia ada, disyukuri. Tiada, tidak merasa dikhianati. Dengan mencintai seseorang kerana Allah juga akan menyebabkan setiap pasangan akan berlumba-lumba membuat kebaikan.

3. Apa yang berlaku semuanya adalah yang terbaik buat diri.

Jodoh itu ketentuan daripada Allah. Ada orang dipanjangkan jodohnya. Ada orang jodohnya dengan ramai orang. Jadi, kehidupan kita sangat berbeza mengikut kemampuan seseorang. Hanya Allah sahaja yang mengetahui apa yang terbaik buat kita. Jadi, terima seseorang seadanya.

4. Maksimumkan kebaikan untuk pasangan.

Lakukan yang terbaik kepada pasangan. Biarlah hanya Allah yang menilai kebaikan kita. Bukan manusia. Dengan cara itu, kita tahu semestinya Allah memberikan kita ganjaran yang setimpal dengan kebaikan yang dilakukan. Allah melihat kepada usaha, bukan kepada hasil seseorang. Gunakan prinsip ini dalam kehidupan. “Memberilah sebanyak-banyakkannya, bukan menerima sebanyak-banyaknya."


Setkan dalam minda, apapun yang berlaku kelak, itulah yang terbaik buat kita. Kita punya perancangan. Allah juga mempunyai perancangannya yang tersendiri. Tetapi perancangan Allah lebih hebat dan tepat utuk hamba-Nya. Walau dimata kasar kelihatan buruk, tetapi apabila diselami dengan mata hati, baru akan kelihatan hikmah yang tersembunyi.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen