Kenapa Tak Berjodoh Dengan Si Dia?

Jodoh adalah kententuan daripada Allah buat hamba-Nya. Sejak di Lauh Mahfuz lagi telah ditetapkan siapa akan bersama kelak untuk dijadikan pasangan hidup. Begitu juga ketetapan waktu untuk bersama dengan pasangan tersebut.

Berusaha untuk mendapatkan seseorang adalah patut dilakukan tanda kita menginginkan apa yang dimahukan. Usaha itu juga akan dikira pahala oleh Allah sekiranya dilakukan dengan cara yang betul dan tidak bercanggah dengan ajaran agama Islam.



Orang yang bertaqwa kepada Allah, dia akan diberikan jalan dari arah yang tidak disangka-sangka. Ada orang sangat payah untuk mencari jodoh, kemudian setelah itu baru diketahui sebenarnya jodohnya hanyalah di depan mata. Semua itu adalah rahsia Allah.

Tetapi, sekiranya kita tidak dapat jodoh yang dimahukan, usahlah bersedih hati. Kerana Allah maha mengetahui apa yang terbaik buat hamba-Nya. Menurut pandangan kita mungkin dia amat sesuai bagi kita. Tetapi ilmu Allah lebih dasyat daripada pengetahuan kita.


Allah boleh saja mengubah kehendaknya. Dia boleh menjayakan apa yang telah diusahakan hamba-Nya, dan menggagalkan apa yang dirancang oleh kita. Orang yang positif akan bersikap baik walaupun dia berada di dalam situasi yang tidak baik. Kerana dia pasti, akan ada jodoh yang lebih dikemudian hari nanti.

Sikap positif itu menyebabkan dia tidak berputus asa dengan apa yang diusahakan. Bahkan menjadikan dia berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan jodoh yang terbaik serta memperbaiki diri dari masa ke semasa agar dia dapat menjemput jodoh yang sama-sama memperbaiki diri juga.


Apa yang telah ditentukan Allah kepada kita sudah tentunya bukan hal sia-sia yang dirancang oleh Allah. Pasti ada hikmah yang tersembunyi disebalik kesemua yang berlaku. Boleh jadi kita membenci sesuatu perkara, tetapi di sisi Allah itu yang terbaik buat kita.

Jadi, siapa pun yang bakal atau sudah menjadi milik kita, terimalah seadanya setelah membuat istikarah, dan berbincang dengan orang yang dipercayai. Jika perhubungan itu gagal juga, yakin pasti ada hikmah disebalik musibah tersebut. Nikmati sahaja apa yang diberikan dan syukur. Pasti dan pasti, hati akan menjadi tenang.


 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen