5 Perkara Yang Perlu Dielakkan Supaya Tidak Salah Faham Apabila Mesej Pasangan.

Berkomunikasi secara langsung dan tidak langsung memberi kesan yang berbeza dalam perhubungan. Ternyata banyak salah faham akan timbul sekiranya kita melakukan hal ini apabila mesej kepada pasangan.



1. Mesej terlalu panjang atau ringkas.

Perlu diketahui, wanita suka berleret-leret dalam menyampaikan sesuatu. Lebih-lebih lagi apabila memerlukan penerangan yang jelas. Lelaki pula suka menyimpulkan sesuatu yang ingin diperkatakan menjadi ayat yang ringkas. Mesej yang terlalu panjang menyebabkan lelaki malas untuk melayan, mesej terlalu ringkas dari seorang lelaki menyebabkan wanita rasa tidak dihargai. Oleh itu, sama-samalah memahami situasi masing-masing.

2. Penggunaan tanda seru.

Tanda seru biasanya digunakan untuk menunjukkan seseorang itu sedang marah, bersemangat. Tanda seru sering menimbulkan salah faham antara pasangan. Oleh itu, sekiranya anda mahu menggunakan tanda seru untuk menyatakan sebenarnya anda bersemangat atau suka, gunakan tanda seru disamping menambah emoji senyum atau menambah kata-kata di belakang tanda seru tersebut. Misalnya “awaakkkk!!! Saya dinaikkan pangkat berkerja.” Berbanding hanya menyatakan, “awak!” Tanpa sebarang kata menyebabkan pasangan bingung adakah dia berbuat salah atau anda sebenarnya sedang marah.

3. Penggunaan bahasa yang baik.

Gunakan bahasa yang ringkas dan boleh difahami. Elakkan dari mengeluarkan kata-kata mencarut atau boleh menyakitkan hati pasangan. Minimumkan penggunaan emoji bagi wanita kerana lelaki lazimnya tidak suka melayan dan membalas emoji-emoji tersebut.

4. Menghormati masa pasangan.

Kenal pasti masa bekerja pasangan. Usah diganggu apabila mereka sedang fokus bekerja. Lebih-lebih lagi pekerjaan yang memerlukan komitmen tinggi untuk ditumpukan. Begitu juga waktu mereka tidur dan berehat. Sebaiknya hadkan masa untuk bermesej atau berbual pada waktu malam.

5. Maklum sekiranya ada hal penting.

Jangan membuat pasangan ternanti-nanti akan mesej anda. Ini akan membuatkan salah faham. Sekiranya sibuk, beritahu pasangan tentang hal tersebut. Begitu juga sekiranya anda memerlukan segera jawapan dari pasangan, maklum kepada si dia.


Oleh itu, kenal pasti do and don’t apabila mesej bersama pasangan. Ketahui apa yang mereka suka dan tidak suka apabila bermesej. Elakkan salah faham dalam hal remeh temeh kerana kemungkinan ia akan menambah salah faham yang lebih besar. Jadi, hati-hati bab ini.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen