Jangan Bersedih Sekiranya Tidak Bertemu Jodoh Yang Sesuai Lagi.

Kehidupan seseorang dengan orang lain berbeza. Allah menguji seseorang mengikut kemampuan masing-masing. Menurut pandangan kita seorang itu banyak kelebihan yang diberikan oleh Allah, tetapi hakikatnya kita tidak tahu bahawa dia adalah orang yang paling banyak menerima ujian. Tetapi dirahsiakan kesusahan tersebut, ditutupinya dengan senyum yang indah.

Mungkin saja anda pernah ditipu dengan orang yang dicintai, ditinggalkan tanpa kekasih mempeduli perasaan anda atau kehilangan seseorang di saat dia amat memerlukan. Usahlah bersedih. Kerana itu bermakna Allah sedang memperhatikan kita. Dia mahu kita mendekatkan diri kepada-Nya. Setelah itu, barulah dia akan mengantikan seseorang yang lebih baik.

Jodoh itu ketetapan daripada Allah yang telah tertulis di lauh mahfuz. Tetapi sekiranya kita berusaha bersungguh-sungguh untuk menggapai apa yang kita impian, pasti akan dibantu oleh Allah. Apapun, perlu berusaha keras terlebih dahulu agar perkara yang telah ditetapkan Allah itu dapat berubah dengan izin-Nya.



Mintalah kepada Allah dengan apapun cara agar kita dapat menjemput jodoh tersebut. Betulkan terlebih dahulu niat untuk bertemu jodoh. Misalnya mahukan pasangan untuk memperkuatkan ibadah, ingin menambah pahala dengan melakukan kebaikan kepada pasangan dan memperelokkan diri setelah berumah tangga nanti.

Dengan niat yang baik, mudah-mudahan Allah membantu kita untuk bertemu jodoh yang diimpikan. Jemputlah jodoh dengan cara yang betul. Berusahalah untuk menunaikan solat hajat disepertiga malam, memperbanyakkan sedekah, berusaha memperbaiki diri serta cinta akan majlis ilmu.


Pada awalnya memang susah untuk dilakukan kesemua itu. Tetapi percayalah, ketika kita melakukannya dengan niat yang ikhlas dan melaksanakannya secara konsisten, pasti akan terasa lazatnya beribadah dan mudah-mudahan Allah membantu kita agar memudahkan urusan bertemu jodoh.

Jangan bersedih. Usap air mata. Yakinlah Allah akan menggantikan ujian tersebut dengan yang lebih baik sekiranya kita tetap bersabar dan bersyukur dengan apa yang ada. Sabar dan syukur menyebabkan kita ditinggikan darjat oleh Allah. Hati menjadi tenang dan sentiasa ceria walaupun banyak ujian yang dilalui. Kerana kita percaya, “ujian yang ditimpa terlalu kecil, kerana kita mempunyai Allah yang maha besar.”


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen