5 Tanda Anda Malu Kerana Masih Belum Bernikah.

Sebagai manusia biasa tidak kira sama ada wanita mahu pun lelaki, pasti mereka mempunyai secalit perasaan malu kerana masih lagi belum bertemu jodoh dan berkahwin. Biar pun pada luaran, mereka kelihatan tersenyum, gembira dan bahagia, tetapi di dalam hati tiada siapa yang tahu.

Terutama pada yang telah lebih usia dan boleh dianggap matang, perasaan malu dan sedih pasti akan muncul. Jadi, jom kita ketahui apakah tanda-tanda seseorang itu mempunyai perasaan malu kerana masih lagi belum bernikah…



1. Mengasingkan diri daripada keluarga.

Memencilkan diri dari perjumpaan keluarga terutama seperti ibu saudara, saudara atau sepupu. Oleh kerana anda masih single, sudah tentu sanak saudara semua kebanyakan daripada mereka telah berkahwin.

Jika berkumpul pasti topik yang sentiasa diutarakan adalah tentang perkahwinan. Sama ada anda disoal tentang jodoh, atau isu yang dibualkan sensitif sehingga anda sendiri malu untuk mendengar.

2. Menjauhkan diri daripada sahabat.

Apabila ramai kenalan dan sahabat telah berkahwin atau baru sahaja berkahwin, anda mula menjauhkan diri. Anda kini kurang bersosial dengan mereka, seolah-olah anda mahu memutuskan hubungan persahabatan.



Tetapi bukan niat anda untuk menghentikan hubungan ini, tetapi anda mula berfikir mereka telah ada komitmen sendiri untuk diuruskan, dan anda tidak mahu masuk campur.

3. Terlalu emosi.

Insan yang belum bernikah ini, hati mereka terlalu sensitif jika sering disoal tentang perkahwinan. Sudah tentu jauh disudut hati mereka ingin bertemu jodoh dan menjalinkan hubungan ke jinjang pelamin. Hanya kerana perasaan malu yang tebal dan terlalu sensitif, anda mudah sentap hingga terbawa-bawa emosi apabila ada makcik membawang perihal anda masih belum berkahwin.



4. Kurang bersosial.

Tidak kira sama ada di sosial media atau reunion, anda pasti hanya mendiamkan diri sahaja. Apabila anda di ajak untuk ke majlis reunion, pasti ada sahaja alasan kerana untuk mengelakkan diri. Anda tahu kebanyakkan daripada mereka semua telah berkahwin, dan pasti akan bertanya tentang pasangan anda, tetapi….

5. Terlalu banyak berfikir.

Anda mula menjadi overthinking. Anda mula membandingkan diri anda dengan rakan sebaya yang sudah berkeluarga. apabila melihat rakan-rakan dengan anak mereka sendiri, anda mula berfikir, adakah dengan umur yang semakin meningkat anda mampu mempunyai anak sendiri? Ini akan menyebabkan anda mula berasa malu dan sedih pada diri sendiri. Malah anda menjadi kurang keyakinan pada diri sendiri.

Jadi, mengapa anda berasa malu hanya kerana belum berumah tangga? Yakin, semua jodoh telah ditentukan oleh Allah SWT, kita hanya merancang dan perbaiki diri sendiri selagi mampu. usah terlalu mengikutkan perasaan.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen