5 Cara Membuat Seorang Lelaki Mendekati Diri Anda.

Oleh: Zuzu Yasmine

Sebagai seorang wanita, mereka ini pasti mengharapkan langkah pertama diambil oleh seorang lelaki. Langkah pertama ini bermaksud langkah untuk mendekati seseorang yang disukai. Wanita ini penuh dengan sifat malu mereka tetapi mereka juga takut untuk memulakan langkah. Bukan itu sahaja, jika mereka yang memulakan langkah ditakuti akan memberi kesan buruk pada namanya. Tapi kalau tidak mulakan langkah, orang yang diminati itu tidak tahu. Walaupun begitu, terdapat cara membuat seorang lelaki itu mendekati anda dahulu sebelum anda membuka langkah. Mari ikuti caranya.



1. Dapatkan perhatian dirinya.

Apa yang paling penting anda perlu lakukan adalah cuba dapatkan perhatian daripadanya sehingga si dia tertarik dengan anda. Apa yang anda boleh lakukan adalah percaya pada diri anda dan juga jangan lupa untuk berdandan. Bukan itu sahaja, cuba tunjukkan sedikit bahasa tubuh agar si dia tahu akan kewujudan anda. Tetapi jangan terlalu berlebihan pula. Hal ini kerana, lelaki tidak suka wanita yang terlalu over kerana ia dianggap gedik.

2. Memberi senyuman.

Seorang lelaki ini akan mudah menyedari adakah seorang wanita itu mempunyai hati padanya. Tetapi anda jangan risau. Apa yang anda perlu lakukan adalah bersahaja seperti biasa dan jangan dilupakan memberi senyuman yang paling manis. Ketika memberi senyuman itu jangan lupa untuk anda menatap matanya. Hal ini kerana, untuk menjelaskan lagi bahawa senyuman itu hanya untuknya.

3. Bagi hint bahawa anda single.

Tidak cukup dengan itu sahaja, anda juga perlu memberikan hint bahawa diri anda adalah seorang yang belum mempunyai pasangan. Barulah si dia mudah untuk lebih mendekati anda. Apa yang anda harus lakukan adalah, kerap berjalan dengan rakan wanita anda juga. Jangan yang berlainan jantina nanti disalah anggap. Tapi apabila anda berjalan bersendirian, kurangkan bermain telefon bimbit demi mengelakkan si dia merasa anda mempunyai pasangan.


4. Kerap menanyakan soalan.

Apabila anda ingin si dia mendekati anda dengan jarak yang lebih dekat, apa kata anda mengambil langkah untuk menanyakan soalan-soalan yang mudah kepadanya. Soalan yang umum tetapi sebenarnya ia adalah strategik anda untuk membuatnya tahu akan kehadiran anda selama ini. Jika tidak si dia agak takut untuk mendekati anda kerana masih ragu-ragu.

5. Berdiri berdekatan dia.

Jika cara itu tidak berkesan, apa kata anda cuba untuk berdiri berhampiran dirinya. Tetapi jangan terlalu dekat. Buat sedikit jarak agar si dia tidak menganggap anda yang sedang memulakan langkah. Biarkan si dia melihat anda terdahulu barulah anda boleh memberikan isyarat yang baik padanya. Jika tidak, anda mungkin hanya dianggap kenalan biasa sahaja.

Membuat seseorang untuk mendekati kita ini bukanlah satu perkara yang mudah. Kita perlu tahu dan menyelidik latar belakangnya bahawa dirinya tidak mempunyai pasangan. Dan tidak lupa, kita juga perlu menjaga nama baik kita agar tidak dianggap sebagai wanita yang tidak sepatutnya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen