5 Tanda Yang Membuat Lelaki Fikir Anda Terlalu Mudah Untuk Dimiliki.

Oleh: Zuzu Yasmine

Lelaki di dalam dunia ini ada yang benar-benar hadir untuk membantu dan pula yang hadir hanya untuk mengambil kesempatan atas diri. Sebagai seorang wanita, kita tidak tahu apa niat sebenar mereka ini. Walaupun ditanya, mereka ini tidak akan mendedahkan niat yang sebenar mereka. Melainkan, jika mereka ini mempunyai niat yang baik. Tapi jika sebaliknya, bagaimana pula? Kadang lelaki yang hadir dalam hidup seseorang wanita itu adalah punca dari kelakuan wanita itu sendiri. Jadi sebagai seorang wanita, anda perlu sentiasa menjaga tingkah laku dan berhati-hati dalam pergaulan. Bagaimana anda bergaul begitulah pandangan lelaki terhadap anda. Mari ikuti lima perbuatan yang menyebabkan lelaki beranggapan anda terlalu mudah untuk dimiliki.



1. Mudah mesra tanpa mengenali.

Bersikap mesra dan peramah itu tidak salah. Cuma yang salah apabila perbuatan itu tidak kena pada tempat yang sepatutnya serta pada orang yang salah. Jika anda bermesra terhadap rakan anda tidak mengapa tetapi jika mesra dengan seseorang tanpa anda mengenali itu sudah salah. Sebelum beramah mesra dengan seseorang itu cuba ambil tahu siapa dia dan apa tujuan dia mendekati anda. Biar dikatakan sedikit sombong dari dianggap terlalu mudah untuk diperoleh.

2. Terlalu takut akan kesunyian dan mudah bersetuju.

Mungkin anda tidak memiliki ramai rakan di sekeliling. Tapi itu tidak bermakna anda boleh menerima ajakan daripada sesiapa sahaja. Tidakkah anda merasakan ia terlalu mudah? Jika anda merasa sunyi, lakukan aktiviti yang berfaedah yang dapat membantu anda. Bukannya menjadi mangsa terpedaya oleh kaum lelaki yang mempunyai niat tidak baik. Hal ini kerana, anda akan menerima padahnya bukan mereka.

3. Membiarkan si dia mempergunakan anda.

Walaupun anda merasakan si dia begitu menyenangkan anda dengan sikapnya, anda jangan harus terpedaya. Mungkin si dia hanya ingin mempergunakan anda untuk memenuhi keperluan dan keinginannya sahaja. Tapi anda pula sebaliknya, beranggapan bahawa si dia benar-benar serius terhadap anda. Anda harus sedar bagaimana ia hadir dan bagaimana kelakuannya. Anda perlu lebih berhati-hati.


4. Anda kerap rasa terancam apabila menerima pandangan dari wanita lain.

Jangan mudah rasa terancam dengan pandangan wanita lain terhadap diri anda. Apa kata anda lihat diri anda, adakah sesuatu perlu diperbaiki? Kadang kala wanita lain memberi pandangan kepada anda untuk memberikan isyarat bahawa anda tidak seharusnya berkelakuan seperti itu. Jadi jangan cepat melatah atau melenting apabila mendapat jelingan tajam dari wanita yang lain.

5. Tidak tahu menangani masalah peribadi sendiri.

Wanita-wanita yang mudah terperdaya ini biasanya seorang yang tidak tahu menangani masalah peribadinya sendiri. Mereka ini bergantung harap kepada orang lain untuk menyelesaikan untuk mereka. Bukan itu sahaja, mereka sentiasa perlukan sokongan apabila dilanda masalah walaupun masalah yang kecil. Anda perlu belajar bergantung pada diri sendiri. Barulah anda mampu membuat pilihan yang bijak.

Tidak salah untuk menjadi wanita yang jinak-jinak merpati. Tapi jangan sampai memakan diri. Hal ini kerana, maruah seorang wanita begitu bernilai dan tiada galang gantinya. Sekali tercalar ia akan memberikan kesan yang sangat mendalam pada diri. Adalah lebih baik mengelakkan daripada perkara itu berlaku.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen