5 Perkara Yang Lelaki Matang Tidak Akan Lakukan.

Oleh: Zuzu Yasmine

Sangat mudah untuk mengenali lelaki yang tidak matang kerana mereka ini akan menunjukkan melalui perbuatan. Tetapi berlainan pula dengan lelaki matang ini. Mereka ini sukar dibaca tingkahnya. Bukan itu sahaja, kadang kala kelakuan mereka ini menujukkan tanda seperti tidak matang. Walaupun begitu, terdapat beberapa perkara yang lelaki matang tidak akan lakukan. Melalui perkara itu juga, mereka ini akan menunjukkan bahawa mereka ini mempunyai sifat yang berani. Jadi, mari kita ketahui perkara-perkara yang lelaki matang tidak akan lakukan.



1. Tidak lari dari masalah.

Sebagai seorang lelaki, mereka ini tidak akan pernah lari daripada masalah mereka. Bukan itu sahaja, mereka juga akan berhadapan dengan masalah itu secara serius. Bukan memandang satu masalah sebagai satu hal yang dianggap remeh. Apabila dalam perhubungan pula, mereka tidak akan meninggalkan anda seorang diri dan membiarkan anda menanggung masalah seorang diri.

2. Tidak akan mengkritik.

Mereka ini tidak akan mengkritik pasangan mahupun orang di sekeliling mereka. Tetapi lebih kepada untuk membimbing pasangan mereka ke arah jalan yang betul. Bagi mereka mengkritik tidak akan mengubah apa-apa tetapi kalau membimbing, sedikit sebanyak pasangannya pasti akan berubah mengikut apa yang dimahukan. Dan mereka tahu bahawa mengkritik ini hanya membuat seseorang kurang rasa berkeyakinan.

3. Tidak takut untuk tunjukkan emosinya.

Apabila telah menjadi lelaki yang matang, pasti mereka ini sangat berani. Berani dalam segala hal sehinggakan berani dalam mempamerkan emosinya terhadap sesuatu perkara. Jadi apabila mereka menjalinkan hubungan, mereka ini akan menunjukkan rasa sayang mereka melalui emosi sekali gus melalui perbuatannya.


4. Mempunyai hubungan baik dengan ibunya.

Seorang lelaki yang matang pasti membuang egonya demi ibunya. Mereka ini akan melayani ibu mereka dengan sebaik-baiknya. Bukan itu sahaja, mereka juga tahu menghargai anda dan tidak mengambil kesempatan ke atas anda. Hal ini kerana, mereka tahu bahawa anda seorang wanita yang layak diberikan pelindungan sewajarnya.

5. Mempunyai perancang masa hadapan.

Lelaki yang matang ini biasanya sudah mempunyai matlamat dalam hidup mereka. Jadi mereka hanya perlu mengikuti kehidupannya untuk mencapai matlamatnya. Bukan itu sahaja, mereka juga bekerja keras untuk memastikan matlamat mereka tercapai. Jika anda dijadikan sebagai matlamat hidupnya. Pasti mereka akan menjadikan anda sebagai pasangan yang sah buatnya.

Sangat beruntung jika memiliki lelaki yang telah matang ini. Mereka ini dikatakan lebih memahami dan menghargai. Bukan itu sahaja, mereka juga bersungguh-sungguh dalam menjayakan perhubungan anda. Jika anda sudah memiliki lelaki seperti ini, jaga mereka sebaiknya kerana ramai yang menunggu lelaki seperti ini.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen