5 Perkara Yang Anda Tidak Perlu Sembunyikan Daripada Perhubungan Anda.

Oleh: Zuzu Yasmine

Tidak semua pasangan akan berlaku jujur terhadap orang yang mereka cintai. Ada kala mereka ini akan rasa malu untuk meluahkan sesuatu rasa yang terbuku di dalam hati mereka. Rasa malu ini biasanya adalah kerana tidak mahu pasangan beranggapan tidak sepatutnya terhadap diri anda. Bukan itu sahaja, tapi ia juga dianggap sebagai menjaga hati pasangan. Walaupun di mulut sudah menyatakan jujur, tetapi di dalam hati pasti menyimpan pelbagai perkara yang tidak terluah. Hakikat sebenarnya hanya akan diketahui selepas berkahwin. Sebenarnya dalam perhubungan tidak perlu menyembunyikan apa-apa perkara. Masa ini lah anda dan si dia patut saling mengenali. Mari kenali perkara lain yang tidak patut disembunyikan lagi.



1. Pendapat anda yang jujur.

Anda terlalu takut untuk meluahkan pendapat anda kepada pasangan anda. Walhal anda ingin menyatakan hal itu. Walaupun anda disuruh memberi pendapat yang jujur tetapi anda lebih memilih untuk mengelak dari berlaku jujur. Anda lebih memilih untuk menjaga hati pasangan dengan memberi pendapat yang menyenangkan hati mereka. Anda juga berharap pasangan anda akan merasa gembira dengan pandangan anda itu. Sedangkan pada pandangan anda ia adalah perkara yang bercanggahan.

2. Keinginan anda.

Setiap orang mempunyai keinginan. Keinginan apa yang selalu dibataskan ketika menjalinkan hubungan ialah, membuang angin, rasa ingin ke tandas, bersendawa atau apa sahaja. Anda memilih untuk menahan daripada melepaskannya hanya kerana anda malu untuk meluahkan perkara itu. Bukan itu sahaja, keinginan terhadap keselesaan anda juga anda bataskan hanya kerana mahu memberi dirinya rasa selesa. Sedangkan anda dan pasangan perlu mencapai rasa selesa bersama.

3. Masa untuk bersendirian.

Setiap orang ingin mempunyai masa untuk hal peribadinya. Sebagai contoh, masa untuk keluarga ataupun rakan-rakannya. Tetapi ia bagaikan terhalang oleh pasangan yang selalu inginkan perhatian dari anda. Jadi anda mula memilih untuk mengabaikan masa peribadi anda untuk melayani kerenah pasangan anda. Bukan itu sahaja, anda juga sanggup mengorbankan minat anda demi pasangan.


4. Kesilapan anda.

Apa yang paling ditakutkan oleh setiap pasangan adalah melakukan kesilapan. Kesilapan adalah satu perkara yang tidak mahu dihebohkan malah lebih baik disembunyikan. Tapi bagi pasangan bercinta, adalah lebih baik jika kesilapan yang dilakukan itu diberitahu. Hal ini kerana, untuk membuat pasangan anda sedar di mana kelemahan anda. Bukan itu sahaja, ia juga adalah untuk memberitahu bahawa anda hanya manusia biasa dan tidak sempurna.

5. Ketakutan anda.

Ketakutan atau fobia pasti ada dalam diri seseorang. Ketakutan yang teramat pada satu perkara yang membuat diri anda kelihatan begitu lemah. Tapi biasanya ia akan disembunyikan. Sebenarnya ketakutan anda perlu dikongsi bersama pasangan anda. Di mana mereka ini akan mampu bertindak sebagai pelindung apabila anda mengalami keadaan itu.

Jadi berlaku jujur terhadap diri sendiri dan juga pasangan anda. Jangan pernah sembunyikan perkara-perkara kecil dari pasangan anda. Capai keselesaan bersama barulah hubungan yang dibina itu lebih mudah serasi dan gembira.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen