Ciri-Ciri Wanita Solehah Yang Anda Perlu Contohi, Sebelum Bertemu Jodoh.

“Wanita (isteri) solehah adalah yang taat lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada kerana Allah telah memelihara mereka.” An-Nisa: 34

Maka itu, melalui ayat suci ini ciri utama seorang wanita atau isteri yang solehah adalah yang mentaati Allah SWT dan mematuhi suaminya, apatah lagi bagi mereka memelihara diri ketika suaminya tiada bersama (ketika melakukan pekerjaan yang jauh atau perhubungan jarak jauh).

Oleh yang demikian ciri seseorang wanita solehah itu haruslah yang memelihara maruah suaminya iaitu dengan menjaga diri dan harta suaminya itu. Selain dari mentaati suami, apakah lagi ciri-ciri wanita solehah ini?

Terdapat kisah sewaktu berlakunya permasalahan antara Rasulullah SAW dengan isteri-isteri Baginda, sehinggakan Baginda bersumpah untuk tidak mencampuri mereka selama sebulan.



Allah SWT lalu menurunkan ayat;

“Jika sampai Nabi menceraikan kalian, mudah-mudahan Tuhannya akan memberi ganti kepadanya dengan isteri-isteri yang lebih baik daripada kalian, Muslimat, Mukminat, Qanitat, Taibat, Abidat, Saihat dari kalangan janda ataupun gadis.” At-Tahrim: 5

Lalu, dalam ayat ini disenaraikan beberapa sifat wanita dan isteri yang solehah, iaitu;

1. Muslimat. Wanita-wanita yang ikhlas kepada Allah SWT dengan tunduk kepada perintahNya dan suruhan RasulNya.

2. Mukminat. Wanita-wanita yang membenarkan perintah dan larangan Allah SWT.



3. Qanitat. Wanita-wanita yang taat.

4. Taibat. Wanita-wanita yang selalu bertaubat dari dosa-dosa dan kembali kepada perintah Rasulullah SAW walaupun harus meninggalkan segala kesenangan nafsu mereka.

5. Abidat. Wanita-wanita yang banyak melakukan ibadah kepada Allah SWT.

6. Shoimat. Wanita-wanita yang berpuasa.



Dengan ayat mudah, ciri-ciri wanita solehah juga boleh disebutkan seperti berikut..

1. Wanita yang mempunyai kasih sayang dan sentiasa mencari keredaan suaminya.

2. Melayani suaminya dengan cara yang paling terbaik (sedia berkhidmat kepada suami) dengan menyiapkan segala keperluannya.

3. Menjaga rahsia dan amanah suami.



4. Selalu berpenampilan menarik di hadapan suaminya sehingga akan menyenangkannya.

5. Ketika bersama suaminya, wanita solehah itu tidak melakukan hal yang boleh menghalang suaminya untuk bermesra dengannya.

6. Sentiasa bersyukur akan segala kebaikan dan pemberian suami.

Sesekali jangan dilupakan bahawa anak-anak yang baik dan soleh juga bermula dari wanita yang solehah. Lalu, wahai para pemuda, jadikanlah wanita yang memahami agama itu sebagai pilihan utama berbanding kecantikan, keturunan serta hartanya.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen