5 Cara Untuk Menghormati Wanita Dengan Mengikuti Nasihat Rasulullah SAW.

Kepada yang bakal berumah tangga, terutama lelaki, jom ikuti nasihat Rasulullah SAW ini, bagaimana untuk menguruskan rumah tangga dan menghormati wanita sebagai bakal isteri anda.

1. Tidak membenci pasangan yang beriman.

Dalam melayari alam rumahtangga, sudah pasti ada beberapa perkara yang kadang membangkitkan emosi atau ego antara kedua pasangan, terutama daripada pihak suami.



Abu Hurairah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda;

“Janganlah seorang mukmin membenci wanita yang beriman. Jika dia membenci salah satu perangainya, maka masih ada perangai lain yang menyenangkannya.”Hadis Riwayat Muslim

2. Menghormati kaum wanita.

Muawiyah RA berkata;

“Aku pernah bertanya kepada Rasulullah SAW, ‘Apakah hak isteri terhadap suaminya?’ Rasulullah SAW menjawab, ‘Memberi makan jika kamu makan, memberi pakaian jika kamu berpakaian, tidak memukul wajah, tidak menghina dan tidak pula meninggalkan isteri melainkan dia tetap berada di rumahnya’.” Hadis Riwayat Abu Daud

Dalam konteks ‘menghormati’ kaum wanita ini bukanlah bermaksud para suami perlu menjadi ‘hamba’ kepada pasangannya. Tidak sama sekali. Hadis ini merupakan panduan buat para suami supaya tidak mensia-siakan kaum wanita terutama para isteri.



3. Memberi nafkah kepada keluarga.

Rasulullah SAW bersabda;

“Sesungguhnya nafkah yang kamu keluarkan kerana mengharap keredaan Allah SWT nescaya akan dibalas dengan pahala, termasuk apa yang kamu masukkan ke dalam mulut isterimu.” Hadis Riwayat Bukhari

4. Menjaga rahsia suami isteri.

Diriwayatkan dari Abi Sa’id Al-Khudri, Rasulullah SAW bersabda;

“Sesungguhnya manusia paling buruk tempatnya di sisi Allah SWT pada hari kiamat adalah suami yang mendatangi isterinya dan isterinya mendatanginya (berhubungan intim) lalu dia sebarkan rahsianya.” Hadis Riwayat Muslim



5. Tidak meninggalkan isteri terlalu lama.

Aisyah R.A meriwayatkan;

“Apabila Rasulullah SAW hendak melakukan perjalanan, Baginda akan mengundi isteri-isterinya dan siapa yang namanya keluar, maka dialah yang akan menemani Baginda SAW dalam perjalanan.” Hadis Riwayat Tirmizi

Hal ini menunjukkan bahawa Rasulullah SAW juga tidak akan meninggalkan isterinya sekalipun ketika berjihad. Baginda akan melakukan undian dan memastikan salah seorang daripada mereka akan ikut serta.

Ini kerana meninggalkan isteri dalam tempoh masa yang lama dibimbangi akan melunturkan rasa kasih seterusnya menjadikan sesebuah perhubungan itu rapuh dan mudah ditiup angin. Akibatnya, perceraian juga akan mudah berlaku.

 

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen