5 Sebab Anda Tidak Perlu Menunggu Si Dia.

Oleh: Zuzu Yasmine

Apabila berlaku perpisahan dalam percintaan, hati akan memilih untuk menunggu si dia untuk beberapa ketika. Bukan sahaja perpisahan tetapi apabila seseorang yang anda suka menyuruh anda untuk terus menunggunya. Pasti akan memilih untuk menunggunya bukan, sedangkan anda tahu besar kemungkinan si dia tidak akan memilih anda walaupun kembali menghubungi anda. Tetapi anda akan memilih untuk mengikuti kata hati anda. Tahukah anda, mengapa anda tidak perlu menunggu si dia walaupun berapa banyak janji manis yang mereka beri kepada anda. mari ambil tahu tentang sebab-sebab anda tidak perlu menunggu bekas kekasih anda atau seseorang yang menyuruh anda tunggu.



1. Anda akan kehilangan yang baik.

Dalam anda sedang menunggu seseorang, pasti anda orang lain yang akan hadir untuk mencuba nasib mereka. Tetapi anda akan menolak kerana telah berjanji untuk menunggu seseorang di hati anda. Bertapa ruginya anda pada ketika itu. Mungkin mereka yang hadir itu adalah seseorang yang baik untuk anda. Seseorang yang mampu menjaga dan membawa anda ke arah kebaikan. Dalam erti kata lain, anda kehilangan seseorang yang baik.

2. Kemungkinan si dia tidak akan kembali.

Sesiapa sahaja yang anda tunggu baik bekas kekasih atau seseorang yang anda suka untuk kembali pada anda adalah sangat sukar untuk kembali. Kemungkinan untuk mereka kembali dan bersama dengan anda itu adalah sangat tipis. Jadi buat apa anda membuang masa untuk menunggu dirinya. Adalah lebih baik anda memilih untuk memulakan satu perhubungan yang baru.

3. Anda akan semakin terluka.

Semakin lama anda menunggu semakin terluka anda akan rasa. Terluka apabila rindu anda tidak dibalas dan terluka apabila tidak dihiraukan. Jadi jangan membiarkan diri anda untuk terus terluka. Lebih baik memilih untuk merasai kebahagian walaupun sedang menunggu seseorang. Hal ini kerana, anda yang akan terluka bukannya orang lain. Baik buat pilihan yang bijak dan tidak merugikan anda.


4. Anda akan melengahkan masa untuk bercinta kembali.

Apabila terlalu lama menunggu seseorang, anda akan mula rasa takut untuk bercinta kembali. Bukan itu sahaja, anda juga memilih untuk tidak menjalinkan dalam jangka masa yang lama, sehingga luka anda betul-betul sembuh. Jadi anda membuang banyak masa untuk mencari pasangan cinta yang baru.

5. Masa untuk move on.

Apabila seseorang itu menyatakan untuk menyuruh agar anda menunggu, itu bermaksud anda peru move on dari perhubungan anda denga dirinya. Si dia tidak mahu menyatakan tidak pada anda kerana takut anda terluka. Si dia memilih untuk menggunakan perkataan menunggu kerana berharap anda akan melupakannya.

Tidak salah untuk menunggu seseorang dalam hidup ini, tetapi pada masa yang sama cari yang lain agar anda sendiri tidak terluka. Apabila sedia kembali anda boleh memilih untuk bersama siapa. Tetapi pastikan anda membuat pilihan yang terbaik. Semuanya di tangan anda untuk membuat keputusan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen