Kisah Permulaan Cinta Tun Dr. Mahathir dan Tun Dr. Siti Hasmah

Oleh:

Kisah ini diceritakan oleh Adam Mukhriz, individu yang sama yang telah kongsikan bersama kisah dialog Siti Hasmah yang telah viral baru-baru ini.

Apa yang mengingatkan Adam tentang bermulanya kisah percintaan mereka adalah kerana kisah itu berlaku dalam hujan sama seperti dialog Siti Hasmah yang diviralkan itu.

Dalam kisah itu, Tun Dr. Siti Hasmah menceritakan bagaimana hubungan beliau dengan Tun Dr Mahathir menjadi rapat. Ianya bermula ketika Tun Mahathir memberikan tunjuk ajar mata pelajaran fizik kepada Tun Siti Hasmah. Pada masa itu, keputusan matapelajaran fizik Tun Siti HAsmah tidak berapa bagus.

Suatu hari, Tun Mahathir telah menghantar Tun Siti ke sebuah stesen bas. Beliau sudah pun berlalu pergi tetapi patah balik ke stesen bas setelah melihat Tun Siti dibasahi hujan.

Tun Siti Hasmah telah bertanya kepada Tun Mahathir, kenapa beliau berpatah balik. Pada masa itulah Tun Mahathir menyuarakan isi hatinya kepada Tun Siti Hasmah buat pertama kali. Beliau menyatakan sebab beliau berpatah balik ke Tun Siti Hasmah adalah kerana beliau mencintainya.

Kesetiaan Tun Mahathir tidak berbelah bagi kerana beliau sanggup menunggu Tun Siti Hasmah sehingga tamat pengajiannya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen