5 Perkara Penting Untuk Anda Berkahwin Pada Umur Yang Muda.

A happy wife makes a happy marriage


1. Realiti vs angan-angan.

Di sebalik kemeriahan majlis dan keindahan sebuah perkahwinan, satu kehidupan baru sedang menanti sang mempelai. Sebuah realiti yang dinamakan kehidupan berumah tangga.

Jangan tertipu, rumahtangga bukan hanya tentang isteri dan suami hidup bersama sahaja, tetapi juga mengenai semua perangai baik, perangai buruk, hobi, tabiat dan juga saudara-mara mahupun kenalan kedua-dua belah pihak.



2. Individualistik.

Kita sering dimomokkan dengan tips paling berharga dalam sebuah perkahwinan iaitu ‘SABAR’.

Namun, sejauh mana kita mampu menahan perasaan demi sebuah kesabaran, seandainya kita tidak memahami punca yang menuntut kesabaran tersebut. Perbezaan didalam sesebuah rumah tangga itu lumrah.

Seandainya kita berkahwin diusia 25 tahun, kita harus sentiasa ingat bahawa kita telah menghabiskan 25 tahun yang lalu mengikut acuan kita sendiri sebelum kita melangkah ke alam perkahwinan. Begitu juga pasangan kita. Perbezaan yang dibina selama 25 tahun, takkan mampu dihapuskan dalam tempoh 25 hari. Terima perbezaan tersebut dengan matang.



3. Sedih mengadu.

Di awal perkahwinan, perbalahan sering terjadi kerana kerukunan yang masih belum terbentuk.

Si isteri kebiasaannya akan mengadu kepada ibu atau keluarganya tentang perbalahan tersebut dengan alasan untuk ‘meminta nasihat dari orang tua’ tetapi perhatikan percakapan kita. Ibu bapa mana sanggup melihat anak mereka disakiti? Hati-hati jangan sehingga memburukkan pasangan.

Lebih parah seandainya ibu bapa terlebih beremosi terhadap permasalahan tersebut dan mula memberikan layanan yang dingin semasa kedatanagan sang menantu.



4. Kemahiran memasak.

Kata orang, lepas kahwin ialah masa untuk mengasah skill memasak. Realitinya, suami tidak mengharapkan isteri untuk mampu sediakan semua jenis western food, ayam golek mahupun nasi minyak.

Cukup sekadar mampu menyediakan makanan yang boleh mengenyangkan perut mereka. Tapi, tahukah anda bahawa ada satu skill memasak yang para suami sangat hargai?

Hidangan sihat yang mengempiskan perut seperti makanan yang kurang minyak.



5. Suami dan kerja rumah.

Segalanya berubah menjelang bulan ketiga dan seterusnya dalam perkahwinan kerana jika si isteri disahkan hamil dan mengalami morning sickness, si suami seperti tidak tahu menguruskan rumah tangga.

Ini kerana sebelum ini, si suami hanya melihat sahaja si isteri mengemas rumah dan tidak membantu.

Lelaki adalah makhluk yang lurus. Mereka perlu diberikan arahan secara direct.

Beritahu suami anda apa yang anda harap dia buat dan apa yang anda tak mahu dia buat. Mereka sudah cukup menderita untuk membaca bahasa tubuh anda yang sukar difahami, jangan ditambah lagi dengan memarahi mereka atau melancarkan mogok.



 

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen