Antara 5 Ayat Al-Quran Menunjukkan Anda Tidak Boleh Menidakkan Jodoh.

Islam memelihara wanita sesuai dengan fitrahnya. Oleh itu, wanita juga perlu dilayan dengan penuh hormat mengikut perintah Allah SWT. Malah wanita juga adalah pasangan bagi lelaki secara fitrahnya. Jadi, sesunggunya telah dinyata di dalam Al-Qur'an, wanita jodohnya adalah lelaki, dan itu adalah sunnah. Mengapa kita mahu menidakkan jodoh, sedangkan ia telah disebut di dalam Al-Qur'an...



1. Wanita bukan lelaki.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud;

Maka tatkala isteri Imran melahirkan anaknya, dia pun berkata: “Ya Tuhanku, sesungguhnya aku melahirkan seorang anak perempuan; dan Allah lebih mengetahui apa yang dia lahirkannya itu; dan anak lelaki tidaklah seperti anak perempuan. Sesungguhnya aku telah menamai dia Maryam dan aku mohon perlindungan untuknya serta anak-anak keturunannya kepada (pemeliharaan) Engkau daripada syaitan yang direjam.” Ali Imran: 36

2. Wanita menyempurnakan lelaki.

Allah s.w.t berfirman maksudnya;

“Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingati kebesaran Allah.” Al-Dhariyat: 49



3. Wanita dan lelaki saling melengkapi.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud;

“Wahai sekalian manusia! Bertakwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam) itu pasangannya (isterinya – Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya –zuriat keturunan – lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertakwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawasi) kamu.” An-Nisaa: 1



4. Wanita mempunyai hak yang seimbang dengan lelaki.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud;

“Wanita-wanita yang ditalak hendaklah menahan diri (menunggu) tiga kali quru’. Tidak boleh mereka menyembunyikan apa yang diciptakan Allah dalam rahimnya, jika mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat. Dan suami-suaminya berhak merujukinya dalam masa menanti itu, jika mereka (para suami) menghendaki ishlah. Dan para wanita mempunyai hak yang seimbang dengan kewajibannya menurut cara yang ma’aruf. Akan tetapi para suami, mempunyai satu tingkatan kelebihan daripada isterinya. Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” Al-Baqarah: 228



5. Hubungan lelaki dan wanita telah dijelaskan di dalam Al-Qur’an melalui ikatan yang halal.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud;

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadaNya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.” Ar-Rum: 21

6. Wanita juga ditempatkan di dalam syurga jika melakukan kebaikan sebagaimana lelaki.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud;

“Masuklah kamu ke dalam syurga, kamu dan isteri-isteri kamu digembirakan.” Az-Zukhruf: 70



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen