5 Sifat Wanita Yang Dicari Oleh Lelaki Untuk Dijadikan Calon Isteri.

Oleh: Zuzu Yasmine

Dalam mencari pasangan hidup, seseorang itu akan meletakkan beberapa ciri yang memikat hati dan menyejukkan pandangannya. Biasanya sifat wanita itu yang memainkan peranan dalam pencarian seseorang lelaki. Bukan itu sahaja, pihak lelaki yang baik juga akan memilih sifat-sifat yang anda pada pasangannya terlebih dahulu sebelum memandang rupa paras wanita tersebut. Hal ini kerana, bagi mereka sifat dan keperibadian seseorang wanita yang akan membantu dalam rumah tangga adalah lebih utama berbanding untuk memperagakan isteri di khalayak ramai. Sebab itu lelaki menitik beratkan sifat yang baik di mata mereka. Apa sifat yang dicari oleh mereka ini? Mari kita ketahui.



1. Manja.

Sifat manja ini sememangnya akan diperlukan oleh wanita. Dengan sifat ini, mereka dapat dimanja dan dibelai oleh suaminya. Bukan itu sahaja, si lelaki juga akan mudah terpesona dengan sifat wanita yang manja ini. Bagi mereka sifat ini akan membuat mereka merasakan untuk melindungi dan menjaganya dengan baik. Tetapi yang paling penting bagi mereka adalah sifat manja wanita ini mudah dikawal. Jadi tidak susah untuk membimbing mereka.

2. Keibuan.

Lelaki mana yang menolak sifat keibuan seorang wanita ini? Sifat keibuan ini teramat lah penting bagi menjadi seorang isteri. Bukan apa, jika seorang wanita tidak mempunyai sifat keibuan, bagaimana mereka ingin menjaga anak mereka dengan penuh kasih sayang? Mungkin sifat keibuan akan lahir bersama-sama seorang wanita apabila sudah memikul tanggungjawab, tetapi ia lebih indah dan mempesonakan apabila terlihat ketika sebelum memikul tanggungjawab.

3. Menjaga maruahnya.

Wanita yang baik adalah wanita yang mampu menjaga maruahnya. Bagi seorang lelaki, jika seorang wanita mampu menjaga maruahnya dengan baik, pasti mereka ini juga akan mampu menjaga maruah keluarga dan suaminya dengan baik. Bukan itu sahaja, mereka ini pasti terdiri dari didikan agama yang bagus. Jadi, ilmu yang ada nanti boleh digunakan untuk membentuk keperibadian anak-anak nya.


4. Belas kasihan.

Sifat belas kasihan atau empati ini amat penting bagi seorang isteri. Hal ini kerana, mereka tahu menjaga kemampuan suami. Di mana, mereka tidak akan memaksa suaminya untuk memenuhi sesuatu yang bukan kemampuan suaminya. Bukan setakat itu sahaja, mereka dapat memahami apabila suaminya letih bekerja dan rela menghulurkan tangan untuk turut mencari rezeki demi kesenangan hidup bersama.

5. Multitasking.

Seorang calon isteri yang baik, bukan hanya mempunyai sifat yang baik, tetapi mereka juga perlu mahir melakukan pelbagai kerja dalam satu masa. Sebagai contoh, seorang isteri perlu mahir menjaga anak, mengemas rumah mahupun memasak. Apabila si isteri tidak dibantu suami, mereka ini masih mampu menyiapkan tugas dengan baik. Jadi tidak semua perkara perlukan bantuan dari suami. Jika suami menjaga anak, si isteri boleh memasak dan mengemas. Jadi pengurusan masa lebih teratur.

Memilih seseorang dalam hidup untuk dijadikan peneman yang setia dan memahami ini agak sukar. Hal ini kerana, kita tidak tahu apa yang akan berlaku dalam hidup pada masa akan datang. Jadi pemilihan pasangan itu sentiasa dalam keadaan berhati-hati agar mendapat pasangan yang sempurna dan menyejukkan hati.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen