6 Peranan Lelaki Sebagai Suami Mithali Yang Anda Perlu Contohi.

Suami menjadi orang penting bagi kehidupan isteri dan anak-anak. Persoalannya, adakah tanggungjawab suami hanya terbatas pada keluarganya sahaja atau bagaimana? Ini adalah antara peranan penting untuk menjadi suami mithali..



1. Memberi nafkah dan segala keperluan isteri.

Isteri yang dinikahi itu secara tidak langsung menjadi tanggungan penuh oleh suami. Oleh itu, perlu diambil berat mengenai nafkah zahir dan batin isteri, serta segala keperluannya termasuk asas pendidikan Islam mengikut kadar kemampuan suami.

2. Menyara segala keperluan nafkah dan pendidikan anak-anak.

Jika hasil perkahwinan itu dikurniakan anak-anak, maka lelaki itu bertanggungjawab pula menyediakan segala keperluan dan pendidikan kepada anak-anaknya dengan dibantu oleh suri hatinya.



3. Tidak mengabaikan tanggungjawab kepada ibu bapa.

Sama ada ibu bapanya sendiri atau ibu bapa mertuanya, lelaki yang sudah berkahwin masih perlu menunaikan tanggungjawabnya kepada kedua-dua belah pihak. Ini kerana apabila si lelaki sudah mengahwini isterinya, ibu bapa mertua adalah menjadi mahramnya dan sama taraf dengan ibu bapanya sendiri.

4. Membantu isteri menguruskan hal rumahtangga.

Rasulullah SAW adalah suri teladan terbaik yang boleh dijadikan contoh ikutan oleh kaum lelaki dalam melaksanakan tugas sebagai seorang ketua keluarga sekaligus pembantu kepada isteri dalam melakukan tugas harian di rumah.

5. Mencari sumber rezeki yang halal.

Jika tidak bekerja, bagaimana lelaki mahu menyara keluarganya nanti? Rezeki tidak akan datang bergolek, ia perlukan usaha dan tawakkal pada Allah Yang Maha Memberi Rezeki. Cari dan buatlah apa-apa jua pekerjaan sekalipun, asalkan ianya halal dan mendapat keberkatan di sisi Allah SWT.



6. Mendalami Ilmu Agama.

Tanpa agama, seseorang itu ibarat layang-layang yang terputus talinya. Membawa dirinya tanpa hala tuju dengan mengikut tiupan angin. Begitu juga manusia jika tanpa agama, seakan tiada panduan atau matlamat jelas dalam hidupnya.

Oleh itu, setiap lelaki yang menjadi ketua keluarga sewajarnya perlu menitikberatkan hal ini dalam mengemudi bahtera rumahtangga yang dibina. Masih belum terlambat untuk mendalami ilmu agama jika kita banyak tidak tahu mengenainya.



 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen