5 Cara Memperbaiki Komunikasi Anda Terhadap Pasangan.

Oleh: Zuzu Yasmine

Hubungan yang baik bermula dengan komunikasi yang baik. Satu komunikasi yang baik bermula dengan pasangan yang inginkan hubungan yang baik. Maka dengan itu terhasil lah satu hubungan hebat. Bukan semua orang mempunyai komunikasi yang baik terutama ketika menjalinkan hubungan. Kadang kala tanpa kita sedar, cara komunikasi kita ini sebenarnya menyakitkan hati pasangan kita, namun kerana mereka sayang akan kita, mereka biarkan dan menerima kelemahan kita. Apa kata kita perbaiki gaya dan cara kita berkomunikasi sesama pasangan.



1. Bercakap bukan menjerit.

Mungkin gaya percakapan anda perlu ditukar. Sesetengah orang mempunyai gaya percakapan seolah-oleh seperti menjerit sedangkan mereka ini bercakap seperti biasa. Itu yang menyebabkan seseorang yang mendengarnya mudah untuk terasa tersinggung dengan gaya percakapan anda. Apa kata anda cuba mengubahnya. Jika anda merasakan gaya percakapan anda agak kasar maka ubah untuk menjadi lebih lembut dan sopan.

2. Meminta bantuan bukan memerintah.

Sesetengah orang akan cuba meminta pertolongan dengan nada seperti memerintah. Sehinggakan ada yang sakit hati mendengarnya. Maka dengan itu, cuba ubah gaya anda untuk meminta bantuan dari seseorang, terutama pasangan anda. Tanpa kita sedar gaya percakapan dan meminta bantuan ini akan menyebabkan pasangan terasa hati dan berkeras hati untuk membantu kita.

3. Jadi pendengar yang baik.

Sebagai pasangan yang baik sudah pasti mereka ini terdiri daripada pendengar yang baik. Bukan itu sahaja, pendengar yang baik adalah seseorang yang sangat menghargai seseorang. Jadi, cuba untuk menjadi seorang pendengar yang baik. Tidak susah untuk menjadi pendengar yang baik ini, dengar sahaja apa kata luahan hati pasangan anda. Dan memberi kata-kata semangat dan sokongan ketika si dia mengalami masalah, jika si dia luahkan akan kegembiraannya maka anda juga turut merasai kegembiraan itu.


4. Bertindak seperti sahabat baik.

Biasanya hanya sahabat baik sahaja yang mempunyai gaya percakapan dan komunikasi yang baik dalam satu perhubungan persahabatan. Maka dengan itu, cuba untuk menjadi sahabat baik kepada pasangan anda. Di mana mereka akan memerlukan anda ketika dalam apa jua keadaan sekalipun dan sentiasa berharap anda akan berada di sisinya. Bukan itu sahaja, mereka juga akan setia di sisi anda.

5. Jangan sembunyikan perasaan.

Apa yang paling penting ialah jangan pernah sembunyikan perasaan anda terhadap dirinya. cuba untuk meluahkan walaupun kadang kala ia akan menyakitkan hati pasangan. Namun itu adalah perkara yang baik demi sebuah hubungan. Jika anda terus menyimpan ia akan menjadi kemarahan dan timbul rasa tidak puas hati ada terhadap hubungan anda.

Jangan menganggap komunikasi itu adalah perkara yang mudah, ia tidak mudah apabila kita perlu menjaga hati seseorang. Maka dengan itu jangan membiarkan pasangan anda mahupun diri anda merasakan seolah-olah rasa tidak dihargai dengan hanya kesalahan anda dalam berkomunikasi.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen