Wahai Lelaki Persiapkan Diri Anda Menjadi Bakal Suami Dengan Ciri-Ciri Ini Supaya Wanita Sentiasa Bahagia.

Wanita adalah insan yang 'complicated' kerana mereka terlalu peka dengan keadaan sekeliling termasuk perasaan orang lain. Mereka gagal untuk fokus pada satu perkara sehingga membuatkan mereka tertekan, jadi sebagai lelaki sudah bersediakah anda untuk menghadapi perangai 'complicated' wanita ini?



Jika anda mempunyai ciri-ciri ini, pasti wanita akan bahagia…

1. Panggilan.

Memanggil dengan panggilan manja dan diguna pakai untuk harian anda. Rasulullah SAW sendiri memanggil isteri baginda Aisyah dengan Ya Humaira yang bermaksud Wahai Si Putih Kemerah-merahan. Romantis bukan?

2. Lucu.

Wanita amat tertarik dengan lelaki yang kelakar dan tidak serius sepanjang masa. Sentiasa bergurau dan membuat wanita tersenyum, pasti membuatkan mereka merasa bahagia. Kadang-kadang suasana serius dan malang pun boleh menjadi lucu. Kita biasanya suka melihat orang yang kita kasihi tersenyum dari masam mencuka.



3. Dengar.

Dengar dengan khusyuk masalah mereka. Bagi wanita, perkara kecil boleh dianggap sangat besar. Penyelesaiannya mudah sahaja. Jika anda faham, berikan komen. Jika tidak, dengar sahaja dengan teliti. Kebiasaannya selepas meluahkan, mereka akan berasa lega dan melupakannya. Life goes on!

4. Kacak.

Lelaki pun perlu bijak menjaga kekemasan diri untuk sentiasa mengorat wanita yang anda kasihi. Jangan mengharap pada wanita sahaja untuk menjaga penampilan, tetapi gaya anda selekeh pula. Perangai yang kacak dan rupa yang manis, pasti jadi bonus untuk anda.



5. Sabar.

Kadang-kala wanita mudah berasa tertekan tidak semestinya ketika mereka dalam keadaan period. Bersabar sekiranya ada hari mereka tidak seperti biasa. Cuba untuk tidak memberi tekanan dengan membuat tanggapan salah dan memarahi mereka. Beri ruang yang selesa untuk mereka bersendirian.

6. Bantu.

Rasulullah SAW sendiri membantu isterinya melakukan kerja rumah seperti menampal baju dan kasut yang koyak, memasak, membersihkan halaman rumah dan memerah susu kambing. Meskipun Baginda pemimpin yang disegani, Baginda tetap menyantuni isterinya.



7. Galakan.

Jika seseorang wanita itu mempunyai hobi, lelaki perlu lah memberi mereka galakan. Tidak perlu memberi ayat-ayat sinis dan memerli mereka. “Eh, awak nak buat kek? Terbakar satu rumah ni hangus”. Lelaki yang gentleman pasti akan berfikir dahulu sebelum bersuara.

8. Pujian.

Sentiasa lah memberi pujian jika melihat mereka membeli baju atau tudung baru. Mereka cantik untuk suaminya juga satu hari nanti. Apabila dia merasa yakin dengan penampilannya, dia akan berasa lebih gembira. Cantik tidak semestinya kurus dan bermekap mampan. Cukuplah manis dipandang, sopan serta ayu.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen