Ciri-Ciri Si Dia Adalah Lelaki Metroseksual.

Oleh: Zuzu Yasmine

Seorang wanita pasti sukakan sesuatu yang kemas, wangi, dan teratur. Bukan itu sahaja mereka ini juga dikatakan suka bergaya dengan pelbagai fesyen yang menarik di pandangan mata mereka. Namun pada masa kini bukan hanya wanita sahaja yang sukakan akan perkara itu. Kelahiran lelaki-lelaki yang dipanggil metroseksual sejak 2014 ini telah membuka mata semua pihak di mana lelaki juga mempunyai ciri seperti seorang wanita tetapi mereka ini tidak memakai pakaian wanita. Di mana hanya minat sahaja seakan wanita tetapi masih mempunyai nafsu terhadap wanita. Lelaki seperti ini biasanya akan menghabiskan duitnya hanya untuk memiliki penampilan yang baik serta gaya pemakaian yang menarik. Mari kenali ciri-ciri lain lelaki metroseksual.



1. Wangi.

Seorang lelaki metroseksual ini biasanya seorang yang mementingkan bau badan mereka. Jadi apabila anda berhampiran atau berdekatan dengan mereka ini, pasti mereka ini akan mempunyai bau badan yang menyenangkan. Bagi mereka, bau badan adalah satu perkara yang penting yang perlu ditutup demi air muka mereka. Bukan itu sahaja, haruman yang dipilih oleh mereka juga tidak terlalu keras tetapi lebih kepada sedap bau di hidung kaum wanita.

2. Menjaga rupa.

Bukan hanya mementingkan bau badan, mereka juga mementingkan paras rupa mereka. Mereka ini lebih cerewet apabila muka mereka berhadapan dengan jerawat berbanding seorang wanita. Mereka akan menghabiskan wang mereka dengan membeli produk-produk yang berkualiti tinggi dan bukan itu sahaja, mereka juga akan melakukan rawatan muka dengan kerap apabila mempunyai masa terluang.

3. Lambat bersiap.

Apabila berdandan, mereka ini juga akan mengambil masa yang lama seperti seorang wanita. Hal ini kerana, mereka ini mementingkan ketelitian dan gaya penampilan mereka. Bukan itu sahaja, mereka ini juga akan memastikan pakaian dan gaya rambut mereka kelihatan begitu sesuai dengan tempat yang mereka akan tujui.


4. Kemas.

Jika anda berhubungan rapat dengannya, anda akan lihat dirinya atau keadaan rumahnya akan sentiasa berada dalam keadaan kemas. Hal ini kerana, mereka bukan sahaja menjaga penampilan malah turut menjaga keadaan rumah mereka agar sentiasa kemas dan sedap mata memandang.

5. Memahami wanita.

Mereka ini juga dikatakan lebih memahami wanita tetapi biasanya mereka ini lebih memilih untuk menguruskan hidup mereka secara bersendirian. Tetapi jika mereka ini mempunyai pasangan, mereka akan lebih mudah untuk memahami dan menjaga hati pasangan mereka.

Kesimpulannya, ramai lelaki yang digelar metroseksual ini telah lahir pada masa kini. Dan jika anda berjaya memiliki salah seorang daripada mereka anda sangat beruntung. Hal ini kerana, perkongsian tanggungjawab menjadi lebih mudah serta persamaan pendapat akan kerap berlaku.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen