5 Ego Lelaki Antara Yang Sukar Dikawal Oleh Seorang Wanita.

Oleh: Zuzu Yasmine

Seperti yang sedia maklum bahawa lelaki ini sukar untuk membuang ego mereka walaupun untuk orang yang mereka sayangi. Tetapi apabila mereka sanggup merendahkan ego mereka demi seorang perempuan itu telah membuatkan satu perkara yang paling disyukuri. Lelaki ini banyak ego mereka yang sukar dikawal oleh pasangannya. Dan setiap ego mereka ini sudah pasti akan mementingkan air muka mereka. Mari kenali ego mereka.



1. Sukar katakan maaf.

Salah satu ego mereka yang tidak ramai mampu lakukan adalah memohon maaf atau menyatakan maaf atas perbuatan mereka. Mereka sedar akan kelakuan mereka yang menyakiti hati pasangan, tetapi mereka tidak menyatakan maaf malah hanya membiarkan pasangannya itu begitu sahaja. Bagi mereka jika mereka memohon maaf itu bermakna mereka kalah. Tidak pun, mereka sendiri yang tidak mampu meluahkan kata-kata itu.

2. Sukar mengaku salah.

Apabila terlibat dalam pergaduhan, seorang wanita mudah untuk mengaku salah mereka, tetapi bagi lelaki tidak. Walaupun didapati bersalah berserta bukti sekali pun mereka masih lagi mahu memberi alasan untuk membela diri mereka. Jika sudah penat bergaduh, mereka akan mengambil jalan mudah untuk berdiamkan diri dan melakukan seolah-olah pasangan mereka pula yang salah.

3. Sukar untuk menunjukkan rasa sayang.

Seorang lelaki yang mementingkan ego juga tidak akan meluahkan atau menunjukkan rasa sayang mereka. Apa mereka lakukan adalah hanya membiarkan pasangannya itu tercari-cari dan tertanya-tanya perasaannya bagaimana. Tetapi apabila kehilangan wanita yang dikasihi itu barulah mereka mula menunjukkan rasa sayang dan cintanya itu.


4. Selalu ingin mengawal keadaan.

Mereka juga akan menujukkan sikap bahawa mereka mampu mengetuai satu perhubungan itu. Malah merasakan dalam satu hubungan itu, pasangannya perlu mendengar apa yang dikatakan dan disuruhnya. Maka dengan itu mereka kan cuba untuk mengawal keadaan agar sentiasa mengikut kehendak dirinya.

5. Sukar untuk memujuk.

Orang lelaki juga kerap menyatakan dirinya tidak pandai memujuk pasangannya, sedangkan dirinya sedang menjaga air mukanya. Sebab itu mereka ini tidak suka memujuk pasangan. Ada juga yang membiarkan pasangannya memujuk diri mereka sendiri.

Walaupun ramai yang menyatakan lelaki ini mempunyai ego yang tinggi, tetapi apabila menjadi pasangan yang sah mereka adalah orang yang paling sweet sekali dalam perhubungan itu. Jadi jangan perlekehkan lagi tentang ego seorang lelaki.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen