Mengapa Kita Menangis Ketika Kecewa?

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu. Boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui. Sedangkan kamu tidak mengetahui.” Surah al-Baqarah:216

Ketika kehilangan insan yang disayangi, kita semua pasti akan terduduk menangis. Sesiapa pun kita pasti akan merasa sebak di dada.Tangisan itu adalah fitrah sebagai seorang manusia. Tidak salah menangis ketika insan yang disayangi telah pergi.



Tetapi, kesedihan itu biarlah terkawal dan tidak berlebih-lebihan sehingga meratap, membawa fitnah kepada agama Islam dan jangan sampai berbulan-bulan lamanya sehingga memudaratkan diri sendiri.

Tangisan ini juga adalah salah satu penawar yang mujarab untuk melepaskan kesedihan di hati. Jangan dipendam apabila kecewa melanda. Nanti menyebabkan luka kesedihan semakin mendalam. Luahkan sahaja dan biarlah berpada caranya.



Jangan menangis sehingga merosakkan diri dan menjadi masalah kepada orang lain. Dalam tangisan, tanamkan dan sematkan pada hati yang semuanya adalah ketentuan Allah.

Allah mengaturkan sesuatu pasti ada hikmah yang tersembunyi. Allah tidak menjadikan sesuatu dengan sia-sia.

Jadikanlah tangisan kita adalah tangisan yang diredai Allah. Sesungguhnya, berbahagialah dan beruntunglah bagi mereka yang bersabar. Daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda yang bermaksud:

“Siapa yang Allah kehendaki kepadanya kebaikan, nescaya Allah mengujinya.” Riwayat al-Bukhari

Sering kita mempersoalkan, kenapa aku diuji begini?



Sebenarnya kita semua diuji. Kekayaan adalah ujian. Kemiskinan juga adalah ujian. Secara keseluruhannya, kehidupan kita adalah satu ujian. Bermulanya kita dilahirkan di dunia sehinggalah ke nafas yang terakhir, ketika inilah fasa ujian mendatangi kita.

Tidak terkecuali walaupun seorang. Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?” Surah al-Ankabut:2

Kita sebagai orang yang beriman pasti akan diuji. Adakah cukup kita mengaku beriman, sedangkan kita tidak diuji Tuhan? Sesekali tidak. Ujian itu adalah cara Tuhan untuk melihat seberapa kuat keimanan kita. Adakah mampu atau tidak untuk mengharunginya?



Setiap kali kita diuji dan segala ujian yang kita hadapi, adalah untuk menghapus segala dosa kita.

Daripada Abu Said al-Khudri RA dan Abu Hurairah RA, Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud:

“Tidak menimpa seseorang Mukmin suatu penyakit yang berpanjangan, kepayahan, sebarang jenis kesakitan, dan kesedihan malahan kedukacitaan, melainkan dihapuskan sebahagian dosa-dosanya.” Riwayat al-Bukhari dan Muslim



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen