Mudahnya Mendapat Rezeki, Jika Sayang Pada Isteri. Jom Ikuti Kisah Ustaz Ebit Lew.

Melayari alam perkahwinan tidak semudah yang kita sangkakan. Sudah tentu persiapan sebelum ke alam perkahwinan seperti seratus peratus telah siap. Tetapi adakah kita yakin ia adalah secara total tanpa cacat cela?



Adakah dengan kursus kahwin sahaja sudah membuatkan satu pasangan itu, benar-benar sempurna untuk menempuh alam perkahwinan?

Jika dengan perkongsian daripada Ustaz Ebit Lew, hanya dengan mengenangkan sahaja pengorbanan isteri beliau telah membuatkan rezekinya datang secara tiba-tiba. Datangnya diri sendiri ke bengkel kereta, kerana banyak barang yang perlu digantikan.

Kereta yang diguna pakai oleh isteri beliau, telah sampai waktu untuk diservis, tetapi tiada masa untuk lakukan, kerana terlalu banyak urusan penting. Sebagai wanita yang sudah bergelar isteri, lebih-lebih lagi terlalu peka dengan perasaan anak dan juga suami, sudah tentu masanya agak terhad untuk ke bengkel kereta.



Oleh kerana itu, jarang sama sekali mahu melihat wanita di bengkel kereta. Di rumah mereka perlu masak untuk anak dan juga suami, mengemas rumah, basuh baju, melipat baju, basuh pinggan, siram pokok bunga dan macam-macam lagi.

Jika mereka pergi juga ke bengkel kereta? Adakah mereka akan bertenang sekiranya hal rumah masih belum diuruskan?

“Begitulah sifat wanita. Selagi boleh tak nak susahkan suami. Semua mereka buat sendiri. Ya Allah… Sebab tu jika isteri kita dah minta sesuatu. Dah sampai dia cakap, maknanya tak boleh tangguh dah. Mereka sebahagian dari diri kita…”



“Termenung juga sebenarnya. Pasti ada rahmat dan kebaikan Allah nak bagi ni. Takdir Allah. Terdiam fikir dan saya ambil kertas tulis apa lagi yang patut saya ikram dan mudahkan isteri saya. Ya Allah ampunkan saya. Sedang tulis apa saya nak buat untuknya kerana Allah…”

“Hadiah kita kepada isteri dapat pahala sedekah. Bahkan sedekah yang besar pahalanya dan utama. Bila kita sedekah Allah tambah rezeki dan beri kesihatan dan beri kematian yang baik…”

Ketika terkenangkan pengorbanan isteri yang tidak mampu untuk dibalas jasa, Ustaz didatangi oleh seorang Haji yang mahukan diri beliau menjadi konsultan atau memberi motivasi untuk sesuatu program. Rezeki datang tidak kira waktu dan masa bukan?

“Saya terus mesej bidadari saya dan kata terima kasih sayang. Terus kata terima kasih Allah. Ya Allah tak sampai 5 minit sebak kenangkan kebaikan isteri kerana Allah. Allah terus beri rezeki tak sangka-sangka”



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen