3 Perkara Buruk Berlaku Jika Anda Masih Memberi Harapan Kepada Si Dia.

Setiap orang pasti mempunyai pengalaman di mana mereka ini akan kerap menghubungi seseorang yang tidak disukai tetapi tetap mahu dihubungi. Seseorang ini boleh jadi sesiapa sahaja, bukannya pasangan. Mungkin anda mengenalinya melalui laman cari jodoh atau media sosial. Anda telah bertemu dengan dirinya tetapi anda mendapati dirinya tidak begitu menepati cita rasa anda. Anda juga tidak menolak dirinya tetapi lebih memilih untuk melayani sahaja si dia. Tahukah anda terdapat tiga perkara buruk jika anda memainkan perasaan seseorang.



1. Si dia mula memberikan hati kepada anda.

Apabila anda terlalu melayaninya dengan baik selepas pertemuan pertama, sudah pasti si dia akan memberikan hati dan harapan kepada anda. Terutama apabila anda memberi reaksi yang baik setiap kali berhubung dengan dirinya. Pasti si dia akan merasakan anda mula menyukai diri. Adalah lebih elok jika anda menolaknya secara baik sebelum si dia memberi hatinya kepada anda agar dirinya tidak terluka.

2. Mungkin mereka mempunyai motif tersembunyi.

Kita tidak pernah tahu niat seseorang selepas ditolak cintanya. Jika mereka ini mampu memaafkan anda tidak mengapa. Bagaimana pula dengan mereka yang tidak boleh menerima anda menolak mereka? Pasti mereka ini akan mendekati anda dengan mempunyai motif yang tersembunyi.


3. Anda membuat diri anda terperangkap.

Mungkin anda tidak tahu, dengan melayan dirinya terus akan membuat diri anda juga terperangkap. Terperangkap dengan rasa bersalah ataupun anda juga boleh terjatuh cinta dengan dirinya. Hal ini kerana, dirinya akan sentiasa ada untuk anda sehingga timbul rasa selesa dalam diri anda.

Jika anda tidak bersedia untuk satu hubungan yang pernah memberi harapan. Begitu juga, jika anda tidak boleh menerima seseorang. Hal ini kerana, sakit terluka kerana dipermainkan perasaan adalah lebih sakit berbanding cintanya ditolak.

Anda masih keseorangan?

6 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah laman web cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen