Lelaki Jangan Berangan Untuk Berkahwin, Jika Masih Memandang Rendah Pada Wanita.

“Orang Yang Paling Baik Ialah Orang Yang Paling Baik Kepada Isterinya. Nabi Saw Ialah Orang Yang Paling Baik Terhadap Isterinya” –UstazEbitlew-

Perkongsian cerita daripada Ustaz Ebit lew, ketika beliau memberi ceramah kepada sekumpulan wanita yang bergelar suri rumah. Keadaan mereka yang sangat tertekan dengan rumah tangga mereka sendiri. Antara situasi yang mereka alami adalah..



1. Sentiasa berasa sedih dan bersalah.

Mereka mahu menggembirakan suami, tetapi suami seperti tidak memahami situasi mereka yang sangat tertekan menghadapi konflik rumah tangga, keseorangan. Apa yang mampu mereka lakukan adalah dengan mendengar ceramah daripada mana-mana Ustaz untuk memulihkan kembali semangat dan berdoa.



2. Pendam perasaan.

Ketika si suami pulang daripada kerja, sudah tentu ingin mendapatkan layanan daripada si isteri. Tetapi, apa yang mereka dapat adalah sebaliknya, dengan keadaan rumah yang bersepah dan anak-anak masih belum mandi, apatah lagi makan malam.

Maka apabila si isteri melihat keadaan suami yang tidur dalam keadaan marah, sudah tentu mereka sedih sebab tidak dapat melayan suami mereka dengan terbaik, disebabkan menguruskan rumah tangga keseorangan, daripada siang hingga malam.

"Khadijah RA tidak pernah mengeluh sepanjang hidup beliau. Itulah wanita yang sentiasa manis mukanya walau segalanya telah dikorbankan demi agama"

Jadi pesanan Ustaz Ebit Lew kepada lelaki bergelar suami…

- Bahagia dan gembirakan lah 2 orang ini iaitu Ibumu dan Isterimu.

- Sayangilah isterimu. Maafkanlah mereka. Bantulah mereka di dalam rumah.

- Membawa isteri bercuti untuk merehatkan minda kerana mereka menjadi suri rumah tanpa gaji.

- Jadilah pendengar setia dan penyayang.

- Isteri adalah amanah Allah untuk si suami pimpin mereka masuk ke syurga, jadi pelajarilah ilmu agama.



Selain itu, katanya..

“Harapan saya nak cadang supaya setiap rumahtangga suami isteri dihantar kursus kekeluargaan 3 bulan sekali. Organisasi dan kerajaan sepatutnya hantar setiap staf bawa pasangan belajar ilmu rumahtangga. Suburkan cinta dan sayang dengan sunnah Nabi SAW”

“Buat isteri yang mengadu ada masalah keluarga di pejabat agama. Terus hantar suaminya bawa belajar iman di masjid supaya lebih menghargai isteri dan belajar bimbing isteri dan agama. Sedih sebab bila ada masalah bertahun-tahun wanita itu derita sampai jadi murung. Jadi takut suami. Trauma. Sakit. Disiksa zahir batin. Bantulah ya Allah. Permudahkanlah dan berilah jalan keluar buat wanita-wanita ini”



 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen