Kesalahan-Kesalahan Umum Yang Menyebabkan Wanita Sering Ditinggalkan.

Oleh: Zuzu Yasmine

Hubungan yang melibatkan cinta ini bukan satu perkara yang mudah. Dan ia bukan sahaja boleh dilakukan dengan hanya sekelip mata dan semua seperti apa yang diinginkan. Ia perlukan kerja sama yang hebat dari kedua-dua belah pihak yang mampu membuat ikatan itu sentiasa terjalin. Tetapi dalam penelitian kebanyakan wanita akan sering ditinggalkan oleh pasangan mereka walaupun rata-rata mereka menyatakan bahawa mereka telah melakukan perkara yang terbaik. Sebenarnya terdapat beberapa faktor yang menyebabkan wanita sering ditinggalkan.



1. Anda tidak menghargainya.

Bukan hanya wanita sahaja yang mahu dihargai, seorang lelaki juga ingin rasakan begitu. Terutama dari pasangannya. Maka dengan itu, mereka ini tidak hanya mahu menghargai pasangan sahaja tetapi ingin juga dihargai. Jadi mereka ini hanya akan setia kepada mereka yang tahu menghargai diri mereka sahaja.

2. Anda mengubahnya.

Mereka telah selesa dengan diri mereka yang tersendiri. Bukan itu sahaja, mereka juga selesa dengan penampilan dan gaya mereka. Jadi jika pasangan mereka mengubah apa yang telah ada dalam diri mereka ia akan menimbulkan rasa tidak selesa. Oleh itu, si dia akan lebih memilih sesiapa yang menerima dirinya tersendiri bukan cuba mengubahnya menjadi orang yang lain.


3. Anda sentiasa menyalahkan dirinya.

Setiap perhubungan ini sudah pasti akan melakukan kesalahan baik lelaki mahupun wanita. Jadi jangan pernah untuk hanya menyalahkan sebelah pihak sahaja, dan hanya mementingkan diri sahaja. Adalah lebih elok jika saling mengalah hanya demi satu kebahagian hubungan. Tidak salah untuk memohon maaf dan mengakui kesalahan.

4. Anda menyalahkannya kerana tidak memahami diri anda.

Wanita sememangnya sukar untuk difahami tetapi lelaki pula bukan seorang pembaca pemikiran dan minda seorang wanita. Jadi sudah pasti mereka ini sukar untuk memahami pasangannya. Walaupun cuba untuk memahami tetapi wanita tetap akan mengubah pemikiran, dan emosi mereka pada bila-bila masa.

Kesimpulannya, dalam hubungan ini perlu saling berbahagi bukanya hanya untuk kepentingan diri. Seorang lelaki mengharapkan balasan yang sama dari seorang wanita. Hal ini kerana, kedua-duanya memerlukan perkara yang sama untuk merasa bahagia.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen