Cara-Cara Lelaki Pemalu Memulakan Perbualan Dengan Gadis Yang Mereka Minati.

Sebagai gadis, anda perlu tahu, lelaki pemalu ini mempunyai gaya atau cara tersendiri untuk menegur gadis yang mereka minati dalam diam. Cara mereka sudah tentu tidak sama seperti lelaki yang lantang dan berkeyakinan tinggi.

Jadi, jom ketahui cara-cara mereka…



1. Lelaki pemalu sering mengambil langkah berjaga-jaga.

Sebahagian daripada mereka, akan mendekati gadis dengan cara yang tidak menakutkan. Mereka lebih gemar mengambil langkah yang berjaga-jaga supaya si gadis itu tidak merasakan pelik dengannya. Sudah tentu dengan proses yang panjang iaitu, berkenalan dahulu dan menjadi rakan biasa. Jadi, untuk mendapat hint itu, sudah tentu lambat.

Jika mengambil masa yang terlalu cepat untuk meneruskan hubungan, lelaki pemalu ini merasakan mereka seperti dipaksa untuk bercinta. Oleh sebab itu, gadis di luar sana kadang kala menganggap lelaki ini lambat meluahkan perasaan, tetapi mereka terlalu berjaga-jaga.



2. Lelaki pemalu kadang-kala membuat si gadis menjadi kekok.

Kekok di sini bermaksud, mereka ingin memuji anda tetapi dengan cara kekok. “Errr, baju awak lawa” dengan suara yang agak tergagap. Padahal maksud tersirat, dia ingin mengatakan si gadis itu yang lawa. Dan jika si gadis itu menang di dalam sesebuah pertandingan atau sesuatu yang berjaya menangkap matanya untuk memuji, mereka akan memuji dengan cara yang kekok. Kelu.

Kadang-kala dengan senyuman yang kekok, jelingan mata yang kekok dan segala perbuatan yang akan menjengkelkan pada si gadis.

3. Lelaki pemalu hanya merenung gadis yang mereka minati.

Kelihatan sangat menakutkan dan menjengkelkan, bukan? Tidak salah jika si gadis yang memulakan perbualan dan bertanya khabar, sudah tentu lelaki ini akan gembira jika gadis yang memulakan langkah perkenalan.



Kadang-kala mereka terlalu takut untuk memulakan perbualan kerana khuatir jika gadis tersebut sudah berpunya. Nanti ada pula jejak lain yang datang mengamuk padanya.

4. Lelaki pemalu akan bertemu dengan anda bersama pihak ketiga.

Atau mereka juga sering bertanya khabar melalui pihak ketiga iaitu sahabat baik mereka. Dimudahkan cerita dipanggil merisik. Jadi gadis di luar sana tidak perlu untuk merasa takut jika ditegur oleh seorang lelaki yang pemalu dan pendiam. Tidak perlu memperkecilkan mereka. Mereka juga mempunyai maruah dan perasaan untuk bercinta.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen