Isteri Terharu Baca Ikrar Cinta Datuk AC Mizal, Mahu Jaga Suami Sampai Akhir Hayat.

Ramadhan 2018 kali ini menjadi tahun pertama buat pasangan selebriti Datuk AC Mizal dan isteri, Datin Emylia Rosnaida mengerjakan umrah bersama pada bulan Ramadhan. Terharu sebenarnya membaca luahan hati Datuk AC Mizal buat isterinya.

Malah, isterinya juga mengalirkan air mata kesyukuran kerana dikurniakan Ilahi seorang suami yang tahu menghargainya. Tulis Datuk AC Mizal yang dikongsikan isteri dalam instagramnya,

“Sebagai seorang suami I cukup bangga dgn pengorbanan U! Seorang isteri yang cekal dan sentiasa menjaga I dan anak dengan baik. U r so perfect and i love u so much. Di umrah bulan Ramadhan ini I nak minta maaf atas segala kesilapan dan kelemahan I sebagai suami”



“U r my everything. I always try my very best in anything I do for u and I know I am not perfect. I give all my love n I will love u forever. U always amaze me dengan pengorbanan dan kasih sayang u. U r my perfect wife n perfect mother to my kids”

“Ya Allah kau makbulkan lah segala permintaan isteri ku dan rahmatinya dengan segala keistemewaan yang bisa kau berikan kerana dia isteri kesayangan ku dan dia adalah yang teristemewa buat ku”

Sememangnya apabila catatan sebegini dizahirkan daripada seorang suami di Tanah Suci Makkah, dengan kedekatan jiwa kepada Allah. Tentulah ianya benar-benar tulus dan penuh pengharapan doanya.

I Akan Jaga U Sampai Ke Akhir Hayat

Dan Datin Emylia sendiri membalas catatan suaminya dengan doa yang baik untuk suaminya.



“Ya allah mengalir air mata ni bila baca apa yang U tulis. Syukur alhamdulillah dan terima kasih banyak-banyak kerana menghargai I dan menyayangi I, syukur pada mu Ya Allah kerana mendapat suami yang baik dan memberi kebahagiaan buat diriku dan anak-anak, tak terbalas segala pengorbanan U pada I. I akan jaga u smpi ke akhir hayat and our love till jannah , love u B - ur wife emylia “

3 Kali Umrah, Tersentuh Hati Dengan Kecekalan U

Sepanjang umrah di bulan Ramadhan ini pasangan selebriti ini juga berkongsi aktiviti mereka di sana. Menurut Datin Emylia, mereka berjaya mengharungi ujian Allah dengan baik dan diberi kesempatanNya mengerjakan 3 kali umrah sepanjang di bumi penuh barakah itu.

“Bila tengok gambar ni, tersentuh hati ini dengan kecekalan U, bangga dengan U B, alhamdulillah selesai 3 umrah kita, syukur alhamdulillah kerana Allah menemukan I dengan seorang lelaki yang sungguh caring & bertanggungjawab. Tq kerana menjadi suami yang baik untuk I & daddy yang baik untuk anak-anak kita. Moga jodoh kita kekal sampi ke jannah”



Doa Yang Dituturkan Suami Isteri Ini Sepanjang Umrah Di Makkah

“Syukur Alhamdulillah ya Allah pada mu , Selesai Umrah ke-3 , Amin 'Maha suci Allah dan segala kepujian adalah kepunyaanNya, tidak ada Tuhan yang disembah dengan sebenarnya melainkan Allah; Allah Yang Maha Esa. Tiada daya upaya dan kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Besar. Selawat sejahtera ke atas Rasulullah SAW”

“Ya Allah ya Tuhanku! Daku lakukan ibadat ini kerana beriman kepadaMu dan mengakui kitabMu, menyempurnakan janji denganMu dan menurut perjalanan (sunnah) nabiMu dan kekasihMu, Nabi Muhammad SAW”

“Ya Allah! Sesungguhnya daku meminta kepadaMu keampunan, kesihatan yang sempurna dan penolakan yang berkekalan daripada bala bencana sama ada pada agama, dunia dan akhirat serta mendapat kemenangan dengan beroleh syurga dan keselamatan dari api neraka”



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen