Lelaki Boleh Dianggap Dayus, Jika Berkahwin Dengan Wanita Bergaji Besar Untuk Kesenangan Sendiri.

Mengikut peredaran semasa, segalanya berubah. Bukan sahaja teknologi yang semakin berkembang, minda manusia juga turut berubah. Jika berubah ke arah kebaikan dan bijak menilai mana yang baik mahupun buruk, tiada masalah. Tetapi…

Lain pula halnya sekarang apabila lelaki yang bergaji kecil ini mengambil kesempatan terhadap wanita yang bergaji besar. Jom kita sama-sama hayati perkongsian cerita daripada Muhammad Ahmad atau dikenali sebagai Encik Matt..



Bila berbual dengan kawan-kawan bujang. Kebanyakkan berhasrat mahu cari isteri berpangkat guru atau pekerjaan dalam sektor kerajaan. Termasuklah minta:

“matt tolong carikan aku doktor perempuan, kau mesti ada kawam-kawan doktor yang belum kahwin. best sikit isteri doktor ni,gaji besar”

Alasannya senang nanti guna nama isteri buat loan kereta atau rumah. Atau senang cerita ada peluang nanti boleh goyang kaki.*sambil gelak melawak.*

Pada awalnya memang mahu melawak. Tapi realitinya inilah yang berlaku hari ini. Isteri yang bergaji besar 5 atau 7k ni akan menjadi mangsa oleh si suami yang memang jenis goyang kaki. Dalam diam boleh pula kahwin sorang lagi, ini realiti.



Saya kata kepada mereka:

“Jika itulah tujuan korang mahu beristerikan pekerja kerajaan. Makin ramailah lelaki dayus. Makin ramailah suami mengabaikan dan mempergunakan isteri demi kepentingan diri sendiri”

Beliau juga berpesan kepada rakan-rakannya bahawa:

Tanggungjawab si suami adalah menyediakan tempat tinggal, pakaian, peralatan mandian, makan minum, bil air mahupun bil elektrik, perbelanjaan anak-anak ke sekolah, perbelanjaan ketika isteri sakit,bayi baru lahir,bil-bil hospital,ubatan di klinik hatta tuala wanita juga tanggungjawab suami.



Ada yang beranggapan dan mengambil kesempatan apabila isteri bergaji besar, maka tanggungjawab tersebut perlu diagihkan kepada isteri juga. Ini sebenarnya DOSA bagi suami.

“Jika basic pun korang tidak faham tanggungjawab sebagai seorang suami, bagaimana untuk bina keluarga yang bahagia dan tunai tanggungjawab yang paling besar untuk bimbing isteri dan ahli keluarga masuk ke syurga?”

“Kita berkahwin perlu serius, perlu ada matlamat yang jelas, perlu letakkan diri dan jiwa kita untuk pasangan dan abdikan diri kita kepada Allah, bukan jadikan mereka ‘hamba abdi kita. Ketua keluarga yang baik akan berusaha dari masa ke semasa supaya diri aku ini bermanfaat buat pasangan dan ahli keluarga”



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen