Apakah Punca Sebenar Lelaki Takut Untuk Mendekati Wanita Zaman Sekarang?

Jika zaman dahulu, wanita lebih takut atau lebih menghormati lelaki, kerana lelaki lebih bekerjaya dan berpendapatan tetap. Lelaki dianggap sebagai pelindung dan ketua dalam segala hal untuk dilakukan, seperti membuat sesuatu keputusan.

Oleh kerana itu, lelaki sebenarnya mempunyai tanggung jawab yang lebih besar dan boleh bergantung harap oleh wanita.



Tetapi kini, apabila peratusan wanita yang bekerjaya lebih tinggi daripada lelaki, lelaki seakan-akan takut untuk mendekati wanita sebegini. Bagi mereka, lebih elok membujang daripada mengorak langkah untuk berkenalan dan ke hubungan yang lebih serius.

Antara punca yang lain adalah..

1. Bergaji besar.

Apabila wanita bergaji besar, lelaki mudah berasa terancam sebenarnya. Mereka akan berfikir, adakah mereka layak untuk mendampingi wanita sebegini? Pasti mereka akan diperkecilkan kerana bergaji kecil dan tidak dapat menampung keluarga kelak.



2. High maintenance.

Bergaji besar sudah tentu perbelanjaan penjagaan diri sangat tinggi, ini yang amat merisaukan kaum lelaki sebenarnya. Wanita zaman sekarang cepat terpengaruh untuk kelihatan cantik seperti perlunya ada collagen, supplement, facial muka, dan pelbagai lagi.

3. Terlalu manja.

Normal jika wanita berkelakuan seperti keanak-anakan, manja, merengek, mengada. Jangan menolak fitrah Allah SWT. Wahai lelaki sila berlapang dada. Wanita berkelakuan begini, kerana mereka merasakan selamat untuk dilakukan dengan lelaki yang dicintai.



4. Garang.

Sudah la garang, kuat membebel. Jangan menyesal ketika mereka diam seribu bahasa. Wanita yang beremosi lebih cenderung berkata-kata dengan lebih banyak daripada lelaki. Itu adalah wanita normal.

Ramai lelaki membujang hanya kerana mereka kurangnya ilmu kekeluargaan dan keagamaan. Malah tidak dapat berlapang dada untuk menghadapi sikap wanita yang sering tidak dapat dijangka. Jika cukup ilmu di dada, percayalah wahai lelaki anda tidak perlu takut kerana wanita mudah dibawa bincang jika betul caranya.



Jika anda minat pada wanita yang mempunyai ciri-ciri di atas tanpa berkenalan dan merisik jangan pula dikutuk wanita sebegini. Jangan hanya pandang pada luaran, dan mula mengutuk wanita sebegini susah untuk dijaga. Itu adalah rezeki mereka, tidak perlu diperkotak-katikkan lagi.

Jangan mempunyai terlalu banyak alasan sehingga susah untuk mencari bakal isteri. Jangan terlalu takut mendekati wanita seperti ini, jika anda yakin anda mampu menjadi seorang suami dan bapa untuk mereka satu hari nanti.

Daripada luaran, ya… mereka kelihatan kaya dengan harta, namun jauh di dalam sudut hati mereka ternyata ingin dicintai. Kerana itu terciptanya lelaki untuk dijadikan suami memberi cinta yang hakiki.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen