Cara Jemput Rezeki Suami Isteri, Tak Susah Tapi Ramai Yang Tak Buat.

Oleh: Rafi

Kebanyakan suami isteri yang baru mendirikan rumah tangga khususnya pasangan yang masih muda masih lagi tercari-cari cara yang terbaik untuk menguruskan perihal kewangan rumah tangga mereka. Soal belanja dalam melangsungkan kehidupan boleh menjadi menjadi isu serius dan menimbulkan masalah besar dalam keluarga. Kadang-kadang kita sering merungut dan terlupa bahawa perkahwinan ini adalah satu ibadah. Lagi banyak kita memberi kepada pasangan dan keluarga, lagi banyak lagi pahala dan ganjaran yang dikurniakan Allah. Percayalah setiap rezeki itu sudah ditetapkan oleh Allah SWT. Kami nak kongsi dengan anda kisah pasangan ini yang oleh dijadikan sumber inspirasi untuk kita semua. Pada mulanya mereka memang tiada apa-apa tetapi atas usaha gigih dan berkat doa, akhirnya Allah memakbulkan doa mereka dan memberi rezeki yang melimpah ruah serta perniagaan yang mereka kendalikan bertambah maju. Jom kita ikuti rahsia pasangan ini.



'Ini cerita betul, bukan mitos. Cerita dongeng ke apa. saya suami isteri kawin muda lepas belajar. Lepas kawin 'kosong ', duit zero. Kawan-kawan lain keje, kami taknak keje. Nak niaga. Kami naik sampai sekarang dengan berpaksikan hidup nak berubah demi Allah. Dari zero sekarang boleh tolong mak ayah, rumah selesa, ade kereata selesa, makan mewah, ade duit simpanan boleh kata banyak jugak . Kiranya kekdang tak tahu macam mana boleh senang macam sekarang. Kita kekadang lupa Allah ada. Banyak cara sebenarnya Dia boleh tolong kita kalau kita mintak ktt Dia. Kalau mintak kat manusia sape nak layan. Dulu tak solat, sampai lupa dah ayat2 semua, kena baca balik buku cara2 solat, pelan2 solat, tak boleh tinggal, kena sungguh2 taubat.

Suami hari2 solat dhuha, yang mana saya tak mampu yang tu, tiap pagi dia akan solat dhuha, tak boleh tinggal kata die solat dhuha tu wajib. Sebab kita tak da bos. Bos kita Allah. Jadi kena presentation lebih kt Allah. Dulu org gelak kami niaga online, sekarang alhamdulillah ramai kawan-kawan and keluarga nak berniaga jugak. Dulu saya ingat hidup kena 80% usaha, 20% tawakal. Tapi sebenarnya 80% tawakal, 20% usaha. Dari dulu saya seorang yang pentingkan usaha, exam wajib stay up mlm, kena usaha. Solat tak payah. Apa ade dengan solat dapat gk A. Ayat seorang jahil. Astagfirullah. saya bercakap jujur dengan pengalaman sendiri.



Sila amalkan ini.

MAKSUD REZEKI
- kasih sayang
- kewangan
- kesihatan
- ibadah

Nak dapat income RM50,000 sebulan wajib SEDEKAH 10% dlm RM5000 bulan tu baru Allah bagi RM50,000

Lepas solat sedekahkan Al-Fatihah pada mak ayah. Call mak setiap hari. Mintak maaf dengan mak. Mintak mak redha dengan apa yang kita buat. Nak rezeki melimpah ruah, bukak tabung-tabung berikut:

1. Tabung Zakat
2. Tabung Sedekah
3. Tabung Wakaf
4. Tabung Infak

Pergi pejabat zakat berdekatan, tanya terus dengan diorang macam mana nak buka tabung-tabung ni. Ramai yang sibuk jaga rezeki dengan orang tapi LUPA & TAK JAGA hubungan dengan PEMBERI REZEKI (ALLAH SWT)



AMALAN MENJEMPUT REZEKI YANG WAJIB BUAT.

1. Solat awal waktu.

Lelaki - 10 ke 20 minit sebelum azan mesti dah ade kat masjid!

2. Solat Dhuha

Eksklusifkan masa dengan Allah dahulu sebelum buat kerja lain. Baca surah Al-Waqiah selepas Dhuha (kita tidak akan miskin sampai bila-bila) Bilangan rakaat biasanya buat 2 rakaat, cuma tambah jadi 4, 6 & 8. Ikut kemampuan. Setiap 2 rakaat kena bagi salam. Jadilah JUTAWAN yang memberi manafaat pada orang lain!

3. Tahajjud.

Buat 7 hari berturut-turut kemudian dah biasa. Buat secara konsisten, Buat presentation dengan Allah di waktu 1 per tiga malam. Cerita plan marketing pada Allah terus! Kalau cerita pada manusia, kalau orang taknak kita akan frush kecewa! Tapi present plan pada Allah kita takkan rasa kecewa. Merengek merintih pada Allah apa yang kita nak. Apa yang kita impikan. Apa yang kita nak capai dlm hidup! Biar jelas... kalau nak jadi jutawan, doa nak jadi jutawan berkat tahun ni. Mintak semua pada Allah, nak pakai Ferrari, nak ada RM10 juta dalam akaun bank dalam masa 2 tahun. Nak hantar maka ayah pergi umrah tahun ini. Nak beli rumah bunglo. Impian kena jelas! Mintak semua pada Allah. Mintak yang besar-besar terus sebab Allah maha kaya maha pemurah! Belajar berlapang dada. Redha dengan setiap masalah & ujian yang Allah bagi. Contoh ada orang hutang kita bertahun-tahun tak bayar. Redha kan semua tu. Belajar redha. Sebab ade sorang peserta tu adik dia pinjam 98ribu dah bertahun2 tak bayar.. pastu dia belajar redha.. Tak sampai seminggu Allah balas balik dia berjaya jual tanah bernilai RM340,000 yang 10 tahun lepas punya kes..



4. Sedekah.

Beri sedekah dengan perasaan.. Contohnya,

Ya Allah asbab aku memberi ni aku dapat jadi jutawan (semasa nak sedekah tu niat mcm ni dengan penuh perasaan)

Buat TABUNG SUBUH.

Masukkan duit setiap hari selepas subuh. Masukkan dengan penuh perasaan & doa pada Allah. Cukup sebulan duit tabung tu keluarkan & sedekah pada masjid @ rumah kebajikan @ maahad tahfiz dll.

Formula YAKIN
1. Yakin
2. Yakin
3. Yakin
4. Yakin
5. Yakin
6. Yakin
7. Yakin
8. Yakin
9. Yakin
10. Doa
11. Usaha
12. Tawakkal

9 kali kena yakin!!

5. Baca Al-Quran.

- Paling malas minimum 1 baris dengan terjemahan.. Buat setiap hari.. Jadikan amalan!
- Kalau bersedih.. Baca Quran.. Kalau sakit.. Baca Quran..

6. Istighfar setiap hari.

- Baca zikir 'Ya Wahhab' je 100 kali setiap hari.. Lagi bagus setiap solat 100x.. Pastu up 1000x sampai la mampu buat 100,000 zikir..

7. Jaga Wudhuk setiap hari.

- Latih badan sentiasa ada wudhuk.. Kalau masalah kentut.. Buat ikut kemampuan sampailah masalah kentut tu hilang.. Hehe! Contoh dalam wudhuk pastu gi jumpa client.. Pasti terkentut..Jangan la pi ambik wuduk pulak.. Lepas dah jumpa client baru la ambik wuduk sebab masih dalam proses latihan.. Bagi kelonggaran pada diri.. Jangan berubah secara drastik. Latih diri MEMBERI diwaktu tiada bukan bila dah KAYA!

TEKNIK NAK MEREDHAKAN SESUATU.

Setiap kali lepas solat.. Pejam mata.. Pastu letak tangan kanan atas dada kiri.. Tarik nafas macam biasa.. Rasakan degup jantung kita.. Pastu bayangkan muka mak.. Mintak maaf pada mak jika ada salah..maafkan mak jika mak ada salah..mintak mak redha kan semua yang kita buat.. Pastu bayangkan muka ayah.. Buat benda sama.. Pastu bayangkan muka isteri.. Muka suami.. Muka anak2.. Maafkan semua orang.. Buat selama 7 hari! Subhanallah tunggu perubahan luarbiasa dari Allah.. Semoga bermanfaat dan dijadikan pengajaran untuk kita semua. Semoga kisah pasangan ini secara tidak langsung membuka mata kita untuk berhijrah demi kebaikan dan kehidupan yang sempurna tanpa terlalu mengejar kemewahan dunia.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen